Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Januari 2013

Rita Rudaini Takut Disergah Adi Putra!

23 Januari 2013 (17 Januari 2013)



Mungkin ramai yang sudah melihat Di Sebalik Tabir yang ditayangkan semalam (Rabu), dan sudah melihat keserasian yang terjalin diantara Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief yang dibawa oleh Adi Putra.
Tetapi siapa sangka disebalik keserasian yang terjalin, Rita Rudaini mengaku agak sukar untuk mendekati Adi Putra walaupun ini kali ketiga digandingkan dengan aktor kacak itu.
“Walaupun kali ketiga digandingkan dengan Adi, ini kali pertama saya dan dia bergandingan untuk jangka masa yang agak panjang…Sebelum ini, untuk sebuah cerekarama di TV3 dan filem Ballistic, tapi scene kami bersama memang tak banyak.
“Adi seorang yang pendiam dan nampak serius…Dia jarang senyum…Saya teragak-agak nak mendekati dia…Takut jugak kalau tiba-tiba disergah Adi,” katanya sambil ketawa.
Rita Rudaini ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Bersiri Sehangat Asmara berkata, dia kekok untuk bergandingan dengan Adi kerana tidak pernah menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon tinggi lampai itu sebelum ini.
“Rita memang tak pernah berkawan dengan Adi sebelum ni…jadi nak ajak dia bergurau ke, nak bagi pendapat ke memang kekok la pada mulanya…Kalau hero tu Akasyah ke, Rosyam Noor ke memang Rita dah tak seganlah sebab selalu sangat bergandingan dengan mereka.
Tapi…bila dah try mendekati Adi, semuanya okay! Rupa-rupanya dia banyak juga bercakap, air muka je nampak serius…Dan dari situlah kami mula mencari keserasian dan hasilnya seperti yang anda semua tonton dalam trailer Sehangat Asmara tadi…Boleh tahankan?” tambah pelakon cantik ini lagi.
Tidak menyembunyikan perasaan terujanya untuk menyaksikan episod sulung Sehangat Asmara di kaca televisyen Isnin depan, Rita berharap agar drama arahan Mohd Feroz Kader, terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini mendapat sambutan dan meninggalkan kesan di hati para penonton.
Drama bersiri 33 episod ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam, secara ekslusif di Mustika HD saluran 134.
Sehangat Asmara juga akan bersiaran secara serentak pada hari dan waktu yang sama menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go dan portal Astro Gempak di www.astrogempak.com.my untuk tiga episod pertama.
Masih belum melanggan Pakej Mustika? Mudah sahaja anda hanya perlu layari www.astro.com.my/mustikaatau hubungi  1300-82-3838 untuk melanggan dan dapatkan pakej mustika dengan harga RM12.95 sebulan. Jika mahu mendapatkan perkhidmatan define tinggi (HD), anda boleh melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.
Sementara itu jika anda masih belum memiliki Astro di rumah, sila layari laman web www.astro.com.my/shopatau hubungi  1300 82 3838 untuk melanggan. 

Rancangan-rancangan menarik lain di Astro juga boleh ditonton secara online di 
www.astrogempak.com.my.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...