Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 22 Januari 2013

Mampukah saingi Adam & Hawa

22 Januari 2013 (21 Januari 2013)

pix_topright


Masing-masing sudah bertapak dalam arena lakonan lebih 10 tahun. Namun, Adi Putra dan Rita Rudaini belum pernah digandingkan sebagai kekasih.
Drama bersiri Sehangat Asmara yang ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (Saluran 134) bermula semalam menyaksikan dua pelakon berbakat ini digandingkan sebagai kekasih buah kali pertama.
Difahamkan, drama ini dijangka mampu mencetus fenomena sebagaimana Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tahun lalu. 

Kedua-dua pelakon ini yang ditemui RAP memberikan pandangan mereka. Rita mengakui gementar menantikan reaksi penonton manakala Adi yakin gandingan mereka berdua mampu memberikan impak yang serupa.
Foto
Adi Putra dan Rita Rudaini belum pernah digandingkan sebagai kekasih sebelum ini.
Foto

Foto

Foto

Adi berkata, selepas mula ditayangkan semalam, masih terlalu awal baginya untuk menilai reaksi penonton.

“Secara jujurnya, susah hendak jangka lagi. Sehangat Asmara sudah lama menjadi fenomena dan mempunyai pengikut yang ramai dari zaman terbitan novelnya.

“Novel Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea antara novel cinta paling laris di Malaysia. Aisya juga adalah penulis novel Adam & Hawa. Bahkan pengarah dan produksi yang menerbitkan Sehangat Asmara jugalah yang menerbitkan Adam & Hawa iaitu Mohd Feroz Kadir dan Global Station. Jadi saya tak bimbang sangat,” katanya.

Bercerita mengenai keserasian gandingan mereka berdua, Adi menambah, mencari keserasian bukan satu masalah kerana pelakon tidak perlu mencarinya di luar untuk dibawa ke set, sebaliknya ia perlu nampak serasi dalam skrin dengan memberi dan menerima dialog bersama penghayatan.

“Memang kami pertama kali digandingkan. Tak silap saya, Aaron dan Nadiya juga pertama kali bekerjasama tetapi mereka berjaya mewujudkan keserasian itu,” kata Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim.

Adi mengakui tidak berdepan sebarang masalah sepanjang bergandingan dengan Rita dan menyifatkan pelakon wanita berbakat itu seorang yang profesional.

“Mudah bekerja dengannya. Ada babak di mana saya perlu mencium dahi dan mendukungnya. Disebabkan kami faham apa yang cuba dipamerkan ini khusus untuk kerja jadi tidak timbul masalah. Bagi sesetengah orang yang mungkin tidak faham, bimbang perbuatan itu disalah tafsir,” katanya.

Berbeza dengan Adi, Rita pula berpendapat aktor kelahiran Singapura seorang yang pendiam membuatkannya mengambil sedikit masa untuk mewujudkan keserasian itu.

“Kami pernah berlakon bersama sebelum ini menerusi sebuah cerekarama dan filem Balistik, tetapi tidak ada banyak babak bersama. Berbeza dengan Sehangat Asmara, terdapat banyak babak membabitkan kami berdua.

“Jadi, mula-mula tu ambil masa sikit untuk dekati Adi kerana saya masih mengkaji Adi ini orangnya macam mana. Adakah dia boleh bergurau kerana saya nampak dia seorang yang pendiam.

“Macam Rosyam Nor dan Aqasha, saya sudah biasa dengan mereka jadi saya sudah faham sangat cara mereka berdua. Lebih kurang seminggu juga, barulah keserasian itu benar-benar terbit. Selepas itu kami saling bertukar-tukar idea dan dia juga boleh menerimanya,” katanya.

Sehangat Asmara berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.

Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya.

Turut menghangatkan siri ini adalah Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P Ramlee. Tayangannya bermula semalam setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).


Uji kemampuan Rita tapi kurang mencabar buat Adi

Watak Kamilia Najwa yang dibawa Rita satu ketika dulu pernah menyentuh perasaannya ketika dia membaca novel berkenaan. 

“Saya pernah memiliki novel Sehangat Asmara pada 2000, tetapi ia hilang dalam simpanan. Saya amat menyukainya dan apabila Global Station menawarkan peluang untuk membintangi drama ini saya terasa seperti mimpi.

“Bagi mendapatkan penghayatan, saya beli semula novel ini bagaimanapun hanya sempat membelek babak pertama kerana saya tidak tahan dengan jalan ceritanya yang sedih.

“Ia mengingatkan saya kepada perkara yang sedih berlaku dalam hidup saya. Di lokasi saya tidak boleh mengelak dan tidak keterlaluan juga saya katakan ini adalah drama paling banyak menuntut saya dengan babak air mata,” katanya yang gemar membaca novel sejak sekolah lagi.

Menurutnya, dalam 33 episod drama itu, hanya satu atau dua episod saja memaparkan babak-babak indah, manakala selebihnya sedih.

“Memang mencabar untuk melakonkan babak sedih, tambahan pula saya memang jenis yang sukar untuk menangis,” katanya.

Jika Rita merasakan watak Kamilia adalah mencabar, Adi yang membawakan watak Zainal pula dikatakan tidak begitu menduga kemampuannya. Sebetulnya juga, tahun ini Adi yang sering muncul dalam filem aksi mahu memfokuskan tawaran kepadanya drama-drama bercorak cinta pula.

“Saya tidak gemar memberi persembahan ulang tayang jadi setiap tahun saya tetapkan konsep lakonan saya. Watak Zainal bukanlah watak terlalu mencabar buat saya kerana ia tidak memerlukan saya mengubah imej atau cara pembawakan diri saya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...