Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 18 Januari 2013

Johor DT jalani persiapan rapi hadapi ATM

18 Januari 2013

Johor Bahru: Pasukan Johor Darul Takzim (DT) sudah menjalani persiapan rapi dan bersedia sepenuhnya untuk berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) berkata, walaupun dibarisi pemain terbaik, mereka tetap merendah diri dan akur dengan ATM yang juga antara pasukan paling digeruni dalam saingan Liga Super musim ini. “Kami akan lakukan yang terbaik untuk memastikan Johor DT mampu mencabar ATM, malam ini, diharapkan keputusan tidak mengecewakan penyokong.

“Kami harap rakyat Johor hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan Johor DT,” katanya.
Tunku Ismail berkata, Johor DT adalah pasukan baru dan dianggapnya masih muda serta memerlukan persefahaman pemain untuk mendapat rentak terbaik memastikan kejayaan.

“Perlawanan menentang ATM perlawanan kelima kami. Sebagai pasukan yang baru ditubuhkan, kami tidak boleh mengharapkan sesuatu yang luar biasa seperti membelasah pasukan lawan.

“Saya yakin, persefahaman bakal memberikan hasil membanggakan buat bola sepak negeri Johor dan penyokong setia.”
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/18

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...