Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 18 Januari 2013

JDT ujian sebenar

18 Januari 2013'


Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menganggap perlawanan bertemu Johor Darul Takzim (DT) hari ini adalah ujian sebenar anak buahnya apatah lagi ia berlangsung di gelanggang lawan.
Selepas mengharungi tiga perlawanan dengan mencatat dua kemenangan serta satu kekalahan, bekas pengendali skuad negara itu mengaku perlawanan bertemu Harimau Selatan itu di Stadium Larkin bukan satu tugas mudah.

Meskipun ramai masih meragui kemampuan skuad kendalian Fandi Ahmad itu yang sekadar mencatat satu kemenangan daripada tiga perlawanan meskipun dibarisi ramai pemain berstatus bintang, Sathia pula melihat sebaliknya.
“Ia ujian besar buat kami kerana lawan dibarisi pemain yang hebat selain mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.

“Walaupun ramai mengatakan mereka belum berada pada prestasi terbaik, Johor DT membuktikan mereka masih mampu menghasilkan keputusan baik ketika seri dengan Kelantan di tempat lawan.

“Tidak banyak pasukan mampu melakukannya kerana Kelantan begitu kebal di tempat sendiri sepanjang musim lalu,” katanya yang juga pernah membimbing The Red Warriors (TRW).
Meskipun dijangka masih tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama termasuk Christie Jayaseelan yang dijangkakan hanya akan kembali bersama rakan sepasukan pada Februari nanti, Sathianathan tetap menaruh keyakinan anak buahnya mampu melakukan sesuatu di halaman lawan selepas berjaya membimbing pasukan mencatat dua kemenangan berturut-turut.

“Kami perlu meneruskan momentum kemenangan ini. Seperti perlawanan sebelum ini, kami akan terus beraksi pada tahap terbaik.”
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/18

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...