Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Januari 2013

JDT tamat kemarau kemenangan

23 Januari 2013


Kota Bharu: “Setakat bawa 600 laras senapang tak mencukupi. Bawa sekali kereta kebal dan meriam,” kata Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood.
Mahizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kasim yang menyokong Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu membawa anggota komando daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas ke Stadium Sultan Muhammad IV, minggu lalu.

Shahidan turut berkata, sepatutnya 600 laras senapang dan bukannya enam laras dibawa ke stadium berkenaan.
Mahizi berkata, kehadiran anggota komando ke stadium merubah fenomena liga bola sepak tempatan.

“Kami sudah ada pihak berkuasa yang bertugas di stadium. Sebelum ini penyokong dari beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Terengganu pernah datang ke Kota Bharu, namun tiada kekecohan. “Saya harap mereka tidak mencari kesalahan sebelah pihak saja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, legenda bola sepak negara, Dali Omar, 67 menyifatkan pembabitan anggota komando melakukan kawalan adalah keterlaluan.
“Dalam isu ini, saya rasa sedih dan terkilan. Sepanjang beraksi di luar negara seperti Itali dan Australia, saya tidak pernah melihat anggota komando bersenjata mengawal perlawanan di dalam stadium.

“Pada masa sama, jika lihat pasukan bintang seperti Real Madrid dan Barcelona beraksi, mereka tidak pernah diiringi anggota komando. Mereka hanya diawasi petugas keselamatan dan pengawal peribadi saja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/23

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...