Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Januari 2013

Fandi lega Johor DT raih tiga mata di Shah Alam

23 Januari 2013


SAFEE  (tengah)  menanduk bola ke dalam gawang PKNS  pada minit ke-19 dalam saingan Liga Super  di Stadium Shah Alam, malam tadi. Johor DT menang 3-1. - Foto Osman AdnanSAFEE (tengah) menanduk bola ke dalam gawang PKNS pada minit ke-19 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Johor DT menang 3-1. - Foto Osman Adnan
Shah Alam: Kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) ke atas PKNS 3-1 di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan jurulatih pasukan yang dipenuhi bintang, Fandi Ahmad menghela nafas lega. 

Kelegaan Fandi itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan selepas JDT bermula goyah apabila sekadar merakam satu kemenangan daripada empat perlawanan. 
“Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Sudah tentu ia melegakan dan harap rentak ini dapat dikekalkan dalam perlawanan seterusnya,” kata Fandi sejurus tamat perlawanan. 


Dalam perlawanan itu, penyerang negara, Safee Sali membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak gol pembukaan JDT pada minit ke-19 dengan menanduk masuk hantaran pemain import Sepanyol, Daniel Guiza. 

Abdul Rahman kecewa 

Bersambung babak kedua, PKNS cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun Safee cemerlang apabila membuat umpanan cantik kepada Ahmed Ezrie Shafizie Sazali yang merembat kencang untuk gol kedua JDT pada minit ke-60. 

Faiz jaring gol sagu hati 
Bagaikan mahu menebus kekalahan dua aksi pertama musim ini di tangan Selangor dan Pahang, JDT terus melancarkan serangan dan Guiza meraih gol ketiganya musim ini selepas menyempurnakan hantaran Nurul Azwan Roya pada minit ke-87. 

Gol sagu hati PKNS diperoleh menerusi Faiz Isa pada masa kecederaan. 
“Pemain saya jelas gagal menyaingi kepantasan barisan bintang JDT. Saya harap perlawanan ini menjadi pengajaran berguna kepada mereka,” kata jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim. 



Lagi berita menarik sekitar kerancakan Piala Malaysia dan Piala FA, dapatkan akhbar BH di pasaran hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...