Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 13 Disember 2012

Schafer masih simpan dendam

14 Disember 2012 (13 Disember 2012)



K. Rajagobal (kiri) dan Winfried Schafer bersalam pada sidang media praperlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok, semalam.

BANGKOK - Jurulatih Thailand, Winfried Schafer rupa-rupanya masih menyimpan dendam terhadap penyokong Harimau Malaya ekoran insiden penggunaan laser dan membaling mercun pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.

Lantaran itu, dia menjadikan sidang media praperlawanan separuh akhir kedua di sini semalam sebagai peluang melepaskan geram terhadap penyokong Malaysia.

Schafer seolah-olah melabelkan sikap penyokong Malaysia di Stadium Nasional tempoh hari seperti tidak bertamadun.

Untuk itu, dia memberikan jaminan bahawa penyokong Thailand akan menunjukkan sikap yang murni pada perlawanan di Stadium Supachalasai hari ini.

"Saya harap penyokong Thailand akan memenuhi seluruh stadium esok (hari ini) dan apa yang penting mereka tidak akan menggunakan laser atau membaling mercun seperti mana penyokong Malaysia untuk mengganggu lawan.

"Ada penyokong kami tercedera kerana terkena mercun yang dibaling penonton Malaysia namun saya jamin penyokong Thailand tidak akan bertindak sama seperti mereka.

"Walaupun mungkin kapasiti stadium kami tidak sampai 80,000 ke 90,000 penonton seperti di sana (Malaysia) tetapi esok (hari ini) penyokong kami akan menunjukkan sikap yang baik, " katanya ketika sidang media pengurus pasukan menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Hotel Golden Tulip Sovereign, semalam.

Perlawanan di Stadium Nasional pada Ahad lalu tergendala beberapa minit selepas ada penyokong Malaysia menghalakan laser terhadap penjaga gol Thailand dan pemain lain semasa perlawanan.

Walaupun masih berang dengan insiden di Stadium Nasional Bukit Jalil, Schafer tetap bersimpati kepada nasib pasukan Malaysia kerana tidak mendapat tempat latihan yang baik.

"Tindakan ini memang tidak bagus kerana mereka berhak mendapat tempat latihan yang baik, saya harap ia tidak akan berlaku lagi," katanya.

Schafer tidak akan berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan hari ini selepas bersalah kerana membantah dan mengganggu pengadil pada separuh akhir pertama.

Namun dia memberitahu ketiadaannya tidak mengganggu aksi pemainnya.

"Pasukan ini tidak pernah kalah walaupun saya tidak berada pada bangku simpanan pemain sebelum ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121213/su_07/Schafer-masih-simpan-dendam#ixzz2EzF0ztxy
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...