Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 13 Disember 2012

AFF akhirnya minta maaf

14 Disember 2012 (13 Disember 2012)


Jurulatih Thailand, Winfried Schafer (tengah) melihat surat khabar Malaysia yang melaporkan latihan skuad Harimau Malaya di sebuah padang awam di Bangkok, semalam. Turut kelihatan ialah jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal (kiri) dan pengurus pasukan, Subahan Kamal (kanan).

BANGKOK - Walaupun mungkin sudah tidak memberikan sebarang makna, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akhirnya memohon maaf secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai mutu padang latihan yang kurang memuaskan, kelmarin.

Pengurus pasukan Harimau Malaya dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia hasil aduan yang dikemukakan oleh beliau kepada AFF dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada Selasa lalu.

"Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) meminta maaf kepada Malaysia terhadap insiden penggunaan padang latihan yang tidak memenuhi spesifikasi.

"Mereka memberikan jaminan, perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa depan," katanya kepada media di lobi Hotel Golden Tulip Sovereign, tempat penginapan rasmi para pemain Malaysia.

Kelmarin, Subahan meluahkan rasa kecewa dengan tahap padang latihan yang disediakan oleh pihak penganjur kerana tidak ubah seperti permukaan sawah.

Selain berlopak di merata-rata tempat dan rumput yang tidak rata, tiang gol juga patah dan tiada bilik persalinan disediakan kepada para pemain selepas menjalani latihan.

Perkara itu turut menyentuh perhatian Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, yang hairan perkara seumpama itu boleh terjadi walaupun di bawah pengawasan penganjur AFF.

"Sebelum sesuatu perlawanan, AFF akan memeriksa semua keadaan padang, tempat penginapan dan bentuk kemudahan yang disediakan.

"Namun, saya rasa terkejut dengan apa yang terjadi kerana sepatutnya mereka tahu akan perkara ini dan harap ia tidak akan berulang, " katanya.

Mengenai kehadiran penyokong Malaysia, beliau menjelaskan sekurang-kurangnya 500 tiket telah ditempah oleh FAM untuk diberikan kepada mereka yang hadir di Bangkok.

"Pihak tuan rumah tidak memperuntukkan sebarang tiket kepada Malaysia tetapi FAM dengan kerjasama KBS (Kementerian Belia dan Sukan) telah mendapat 500 tiket," katanya.

Sebanyak 20,000 tiket yang diperuntukkan pada perlawanan antara Thailand dan Malaysia di Stadium Supachalasai difahamkan telah habis dijual semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121213/su_04/AFF-akhirnya-minta-maaf#ixzz2EzFE6vqE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...