Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 20 Disember 2012

'Harimau Malaya kurang keyakinan'

21 Disember 2012


EPISOD hitam pada kempen Piala Suzuki AFF 2012 masih sukar untuk dikikis dalam kalangan peminat setia Harimau Malaya.
Kekecewaan tersebut masih lagi dirasai sejurus menyaksikan pasukan kesayangan mereka tersingkir daripada kejohanan berprestij Asia Tenggara itu pada peringkat separuh akhir.
Biarpun tampil dengan reputasi sebagai juara bertahan, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal ternyata gagal untuk mempamerkan aksi memberangsangkan selepas tewas dengan agregat 1-3 kepada Thailand, minggu lalu.
Sebelum mengharungi kempen Piala Suzuki AFF pada kali ini, skuad negara sudah mula dikritik hebat ekoran prestasi hambar dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa.
Malah, sikap Rajagobal yang kerap melakukan 'eksperimen' dalam usaha membentuk satu pasukan mantap telah mengundang perasaan kurang senang beberapa pihak termasuk penyokong-penyokong fanatik Harimau Malaya.
Pengkritik mula berpendapat jurulatih berusia 56 tahun itu harus melakukan sesuatu atau berundur daripada membimbing skuad kebangsaan bagi memberikan laluan kepada pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang dilihat sebagai pengganti ideal buat Rajagobal.
Begitupun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih memberikan kepercayaan kepada bekas pengendali Selangor dan Kelantan itu dalam usaha melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2015 menerusi perlawanan kelayakan yang akan bermula pada Mac depan.
Namun, bagi bekas pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh menyifatkan Harimau Malaya masih lagi berpeluang untuk memperbaiki kelemahan selain meningkatkan corak permainan.
“Apa yang saya nampak, skuad negara kita tidak menunjukkan peningkatan yang begitu ketara.
“Sejujurnya, Harimau Malaya hanya 'betul-betul' bermain bola sepak ketika menewaskan Vietnam (2-0) dan Indonesia (3-0) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada aksi Piala Suzuki AFF 2010.
“Jika Laos begitu yakin memperagakan corak hantaran pendek, mengapa tidak Harimau Malaya?
“Laos hanya menaruhkan pemain-pemain muda dan tidak memiliki pengalaman sebagaimana skuad negara biarpun mereka tewas kepada skuad negara 1-4 namun keyakinan barisan pemain mereka begitu terserlah.
“Kebanyakan pemain kita dilihat 'gugup' dan inilah masalahnya. Apabila tiada keyakinan diri, banyak kesilapan mudah kita akan buat.
“Tidak adil untuk menyalahkan Rajagobal secara individu cuma nasihat saya adalah beliau patut mencari jalan untuk meningkatkan serta memperbaiki corak permainan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, bekas pemain kebangsaan dan Pulau Pinang itu turut mengulas mengenai persefahaman dalam kalangan pemain Harimau Malaya sepanjang kejohanan tersebut.
“Jika diperhatikan, aksi Wan Zack Haikal Wan Nor bersama Mahalli Jasuli begitu baik. Persefahaman itu wujud kerana mereka biasa beraksi ketika bersama Harimau Muda.”


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2FfS63Uvd 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...