Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 19 Disember 2012

Belum selamat!

20 Disember 2012


pix_gal0
FAM bincang status Rajagobal dalam tempoh terdekat

Kuantan: Kedudukan Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan akan dibincangkan pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Rajagobal mampu menarik nafas lega buat masa sekarang kerana jawatannya mendapat jaminan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah walaupun terdapat desakan ramai meminta pengendali itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini. 


“Buat Rajagobal tiada apa-apa masalah... dia masih jurulatih Harimau Malaya,” titah baginda pada majlis Pengenalan Helikopter EC-725 di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam. 


Baginda bertitah, belum ada cadangan menggantikan Rajagobal dengan jurulatih lain sehingga semua pegawai atasan FAM membincangkan laporan 'post mortem' mengenai prestasi skuad Harimau Malaya dalam pertandingan itu.

“Pengendali itu masih kekal sebagai jurulatih dan segala pertukaran atau pengstrukturan semula akan dikaji bersama pegawai atasan FAM. Mungkin akan ada 'post mortem' termasuk berkenaan dengan perlawanan kita dengan Thailand. 

“Sebagai Presiden, saya sudah menerima laporan perlawanan Malaysia menentang Thailand... segala keputusan yang dibuat nanti harus mengambil kira semua faktor dan pendapat semua pihak,” titah baginda. 

Sultan Ahmad Shah akan berlepas ke Bangkok esok untuk menghadiri mesyuarat AFF dan menyaksikan perlawanan akhir kedua Thailand menentang Singapura seterusnya menyerahkan piala kepada pemenang pertandingan. 
Skuad kendalian Rajagobal gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 apabila tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand pada separuh akhir.

Ketika ditanya mengenai prestasi pemain, baginda enggan memberi komen sebelum menerima laporan penuh daripada jurulatih dan pengurus pasukan.

“Saya tidak boleh sebut sama ada pemain lemah atau kurang stamina... tetapi saya akan pastikan pasukan kebangsaan dapat mempamerkan mutu permainan yang lebih baik pada masa depan,” titah baginda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...