Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 19 Disember 2012

Misi baru

20 Disember 2012


Datuk K Rajagobal
Datuk K Rajagobal
SELEPAS kedudukannya dijamin selamat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekurang-kurangnya hingga hujung tahun depan, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kini mahu memberikan tumpuan penuh terhadap misi Harimau Malaya melepasi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.
Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, beliau tidak berasa tergugat biarpun dikritik hebat selepas kegagalan pasukannya mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.

“Dari mula lagi saya sudah katakan, saya masih ketua jurulatih kebangsaan dan mempunyai kontrak hingga Disember 2013. Bagi saya, fokus tetap sama, mempersiapkan pasukan menghadapi kelayakan Piala Asia 2015,” katanya, semalam.
FAM menerusi persetujuan Presiden, Sultan Ahmad Shah kelmarin memutuskan Rajagobal yang membimbing skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Piala AFF 2010 kekal sebagai ketua jurulatih meskipun ada desakan supaya jawatannya diberikan kepada individu lain termasuk calon pilihan, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

Desakan itu bukan hanya didorong rasa tidak puas hati peminat bola sepak dengan kegagalan Harimau Malaya gagal ke final Piala AFF sebaliknya keputusan hambar dalam siri perlawanan persahabatan termasuk seri 1-1 dengan Bangladesh serta kedudukan ranking yang jatuh merundum.

Biarpun ranking terbaru dikeluarkan Fifa menunjukkan Malaysia meningkat ke kedudukan 158 berbanding 163 sebelum kejohanan AFF bermula, kedudukan itu masih rendah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara, Vietnam (131), Thailand (136), Singapura (154) dan Indonesia (156).
Harimau Malaya tersingkir di separuh akhir Piala AFF selepas seri 1-1 di Kuala Lumpur sebelum tumbang 0-2 di Bangkok kepada Thailand, Khamis lalu.

Rajagobal yang menetapkan misi utamanya selepas bergelar juara Asia Tenggara pada 2010 untuk membawa Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia sedia merombak semula pasukannya dengan memilih pemain yang layak berdasarkan prestasi dalam Liga Malaysia yang bermula pada Januari.
“Saya akan menilai pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia, siapa yang menyerlah akan dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan.” Bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yaman dalam Kumpulan D.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...