Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 7 Disember 2012

Harimau Malaya garang

08 Disember 2012

THAILAND mengakui jentera serangan Harimau Malaya yang diketuai Mohd. Safee Sali (kanan) dan Norshahrul Idlan Talaha sebagai amat merbahaya.


ATAS kertas, Thailand dilihat memiliki suntikan moral menjelang pertemuan menentang Malaysia dalam aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Ia ekoran skuad kendalian Winfried Schafer itu pernah menjinakkan Harimau Malaya 2-0 dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Muong Thong, Bangkok 7 November lalu.
Namun, Schafer enggan menjadikan ia satu kelebihan buat anak-anak buahnya dan menyifatkan pertemuan malam esok sebagai satu aksi yang cukup berbeza.
Jawapan beliau mudah, bagi Schafer, Harimau Malaya terlalu garang apabila beraksi di depan ribuan penyokong sendiri.
“Ia pasti satu aksi yang cukup berbeza memandangkan Malaysia pasti tampil dengan aksi yang cukup garang bagi menjamin kemenangan di depan penyokong sendiri.
“Namun, saya kekal optimis mengenai potensi pemain saya mengekang ancaman Malaysia.
“Jika kami berjaya memenangi perlawanan itu, sudah tentu kami memiliki kelebihan ke final menjelang aksi separuh akhir kedua (di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember),” katanya.
Schafer memberitahu, beliau juga telah mengkaji corak permainan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal ketika mereka menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B tempoh hari.
“Saya telah mengkaji kekuatan dan kelemahan mereka, saya rasa Malaysia dilihat cukup kental di jentera tengah.
“Kami perlu memberikan tekanan bagi mengganggu rentak mereka tetapi ia bukan satu tugas yang mudah,” kata Schafer sebaik tiba di KLIA, Sepang semalam.
Untuk rekod, Thailand muncul juara Piala Suzuki AFF sebanyak tiga kali dan kali terakhir mereka mendakap trofi itu ialah pada edisi 2002.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2ERA19eJJ 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...