Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 7 Disember 2012

'Elak tekanan hadapi Thailand'

08 Disember 2012



RAJAGOBAL (dua dari kanan) tidak mau pemainnya beraksi dalam keadaan tertekan pada aksi menentang Thailand esok.


SEDAR atau tidak, perjalanan Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2012 dilihat hampir sama dengan edisi 2010.
Pada kejohanan dua tahun lalu, skuad negara berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agreget 2-0.
Biarpun tampil sebagai pasukan bukan pilihan ketika itu, Harimau Malaya menundukkan cabaran Vietnam dengan penuh bergaya menerusi jaringan berganda penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pada aksi kedua di Hanoi, mereka seri tanpa jaringan.
Selepas itu, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal membuktikan status sebagai jaguh Asia Tenggara selepas muncul juara buat kali pertama Piala Suzuki AFF ekoran kemenangan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada aksi final.
Tahun ini, skrip yang sama berulang tetapi, tekanannya agak dirasai kerana Harimau Malaya tampil sebagai juara bertahan.
Selain mahu menghadiahkan kemenangan kepada para penyokong, Harimau Malaya terdesak untuk memburu bekalan selesa untuk dibawa ke Bangkok pada aksi kedua 13 Disember ini.
Aksi pertama menentang Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Begitupun, pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menegaskan, beliau mahu barisan pemainnya menikmati pertemuan hangat itu dengan penuh komitmen.
"Saya mahu pemain-pemain saya 'enjoy' perlawanan (menentang Thailand).
"Kita tidak boleh beraksi dalam tekanan, tidak boleh takut sebab kita sudah layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.
"Saya beritahu kepada pemain supaya mendapatkan keputusan positif ketika menentang mereka nanti.
"Kita tahu apa yang perlu dibuat pada aksi tersebut," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Jelasnya, beliau yakin berbekalkan pengalaman pada aksi persahabatan antarabangsa pada 7 November lalu, skuad kendaliannya akan mempamerkan aksi lebih kemas dalam usaha memburu kemenangan di laman sendiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2ER9sKtvs 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...