Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 1 Disember 2012

Gempur habis-habisan

1 Disember 2012


KUALA LUMPUR - Menang! tidak kira apa jua angka keputusan ke atas Garuda pada malam ini memastikan peluang mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF berada di landasan betul.

Sebaliknya, jika seri atau kalah, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bolehlah berkemas pulang.

Atas kertas, peluang Malaysia dengan Indonesia seimbang dengan kedua-dua pasukan berpeluang muncul sebagai pemenang, namun tekanan sebenarnya memihak kepada Harimau Malaya.

Indonesia hanya memerlukan seri yang dilihat cukup memadai buat skuad kendalian Nil Mahzar merintis laluan ke peringkat seterusnya, justeru itu, memang tiada pilihan lain buat Harimau Malaya membaham Garuda di laman sendiri.

Nada Rajagobal jelas sedikit berasa tertekan pada sidang media pengurus pasukan semalam, namun dia masih kekal optimis para pemainnya mampu mengekalkan momentum selepas mencatat kebangkitan menewaskan Laos 4-1 pada Rabu lalu.

“Saya mahu para pemain bermain lagi baik berbanding ketika menang ke atas Laos tambahan Indonesia semakin mempunyai keyakinan selepas menang berdepan Singapura

“Kita perlu mempunyai mentaliti untuk mendapatkan keputusan yang baik pada esok dan mengamalkan corak menyerang dalam perlawanan ini jika mahu menang.

“Sudah tiada pilihan lagi walaupun kami tertekan sekarang, kami perlu mendapatkan tiga mata bagi memburu tempat ke separuh akhir," katanya pada sidang media mesyuarat pengurus pasukan, semalam.

Bagaimanapun, dia mungkin terpaksa melakukannya tanpa khidmat ayam tambatan di bahagian sayap kiri, S. Kunanlan yang disahkan mendapat kecederaan pangkal paha pada sesi latihan terakhir petang semalam.
“Kunanlan berkemungkinan besar tidak boleh diturunkan selepas apa yang saya lihat pada hari ini (semalam) ekoran kecederaan.

“Jika dia tidak boleh bermain, saya mungkin akan bergantung kepada Ahmad Fakri (Saarani), Azamuddin (Akil) atau Baddrol (Bakhtiar).

Pengurus pasukan negara, Datuk Subahan Kamal juga mengingatkan para pemain jangan cenderung membuat kesilapan yang boleh memberikan ruang kepada lawan mendapatkan jaringan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121201/su_01/Gempur-habis-habisan#ixzz2DnTjrAse
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...