Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 1 Disember 2012

Aidil, Fadhli optimistik

1 Disember 2012



AIDIL (kanan) diberi tugas untuk merantai pergerakan barisan penyerang Indonesia pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


DUA pemain pertahanan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Mohamad Fadhli Saas mengakui impian skuad negara untuk mara ke separuh akhir hanya akan terlaksana sekiranya berjaya menewaskan Indonesia malam ini.
Bagaimanapun, misi itu bakal terkubur seandainya mereka gagal mengekang pergerakan penyerang berbisa Sang Garuda, Andik Vermanshah dan Bambang Pamungkas serta pemain sayap lincah, Elie Aiboy yang dilihat sering menimbulkan masalah pada benteng pertahanan pasukan lawan.
Justeru, mereka berazam untuk mempamerkan aksi 110 peratus selain tidak akan membenarkan bintang-bintang Indonesia tersebut berleluasa dalam kawasan kotak penalti skuad negara.
Aidil berkata, mereka bersedia daripada aspek mental dan fizikal bagi meraih kemenangan bermakna malam ini bagi menyambar slot ke separuh akhir.
"Saya akui aksi sebelum ini (ketika menentang Singapura) tidak begitu memuaskan namun semangat kami semakin berkobar-kobar selepas berjaya mengalahkan Laos, Rabu lalu.
"Seperti kata jurulatih (Datuk K. Rajagobal), kami tidak boleh mengulangi kesilapan mudah membenarkan penyerang lawan mendapatkan gol.
"Saya dan Fadhli berazam mempertahankan benteng pertahanan kami dan tidak rela diperkotak-katikkan dalam kawasan kotak penalti Harimau Malaya. Kami tidak rela mereka membolosi gawang kami," ujar pemain berusia 25 tahun itu.
Sementara itu, Fadhli yang pernah beraksi pada Sukan SEA 2011 Jakarta dan Piala Suzuki AFF 2010 mendedahkan, dia sudah bersedia untuk menyekat ancaman Andik pada aksi tersebut.
Katanya, dia yakin dengan keupayaan skuad negara untuk menewaskan musuh tradisi tersebut berdasarkan pengalaman lalu.
"Saya pernah bersemuka dengan Andik pada Sukan SEA 2011 Jakarta dan bagi saya, ia tidak akan menimbulkan masalah.
"Selepas dua perlawanan ini, gandingan saya bersama Aidil semakin serasi.
"Indonesia satu pasukan yang kuat tetapi tidak bermakna kami gagal mengalahkan mereka. Pada pendapat saya, sekiranya kami mengekalkan prestasi ketika menentang Laos, ia tidak mustahil," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2DnTAPsRw 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...