Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 12 Julai 2012

Rita Rudaini Boleh Mengamuk Kerana Anak?

12 Julai 2012

Rita Rudaini Boleh Mengamuk  Kerana Anak?


KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2012: Pelakon cantik, Rita Rudaini yang sedang menanti keputusan kes penceraiannya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, memberitahu dia tidak akan berdiam diri seandainya ada individu yang cuba melakukan hal tidak elok terhadap anaknya.

Malah, Rita yang dijumpai tatkala pelancaran filem Balistik di Holiday Villa, Subang Jaya, petang semalam memberitahu hidupnya kini hanyalah untuk anaknya saja.

"Saya akan mengamuk serta naik hantu kalau ada orang buat tidak betul dengan anak-anak saya. Sekarang ini,saya berikan 50 % komitmen untuk kerja dan 50% lagi untuk anak.

"Dulu, saya memang pernah mengatakan meletakkan keluarga di tangga yang pertama dan karier di tangga kedua. Namun, dengan apa yang berlaku sekarang ini, saya terpaksa menukarkannya.

"Bagaimanapun, anak tetap nombor satu. Semua harus faham, dulu saya berkongsi mencari rezeki tetapi sekarang saya kena uruskannya seorang diri," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Rita tidak menafikan terasa sangat bahagia dengan kehidupannya pada waktu ini biarpun diancam dengan kes rumahtangga yang masih belum ada jawapan pasti.

"Sepanjang 4 tahun meniti alam perkahwinan, sekarang inilah baru saya rasa sangat bahagia sekali. Saya bahagia kerana ada anak. Saya juga tidak boleh berpisah dengan anak saya. Mereka berdua pun sangat rapat dengan saya .Mereka tidak boleh tidur jikalau tidak menyentuh saya.

"Sejak mereka kecil lagi, saya tidak pernah berpisah dengan mereka walaupun saya ada shooting. Saya tetap membawa mereka walaupun saya terpaksa shooting di luar Kuala Lumpur," jelasnya.

Sementara itu, setiap kali Rita ada kelapangan dan tidak mempunyai komitmen kerja, dia akan membawa anak-anaknya bersiar-siar ke pusat beli-belah.

"Saya tidak pernah duduk lama di rumah. Sekiranya saya tiada kerja, seharianlah saya akan membawa anak-anak saya berjalan-jalan. Demi anak-anak, saya sanggup buat apa saja. Saya tidak boleh hidup tanpa anak saya.

"Saya akan belikan apa saja barang yang diminta anak walaupun ianya mahal. Sebabnya, perkara berdua yang membuat saya rasa bahagia," ujarnya.

Hasil perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan selama 4 tahun, mereka telah dikurniakan 2 cahayamata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...