Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 12 Julai 2012

Hati Rita Rudaini Sudah Kebas Buat Aidil

12 Julai 2012

Hati Rita Rudaini Sudah Kebas Buat Aidil


KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Mengakui hatinya sudah kebas dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini dia kini pasrah dengan apa yang bakal dilaluinya pada masa akan datang. Malah, Rita akui dia sendiri tidak pasti apa kehendak suaminya selepas 4 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama.

"Terus-terang, sampai setakat ini, saya tidak tahu apa yang Aidil mahu. Hati pun dah kebas dan tidak ada rasa apa-apa pun. Sewaktu menunaikan umrah, saya ada berdoa untuk Aidil. Doa saya adalah kalau dialah orang yang baik untuk kami sekeluarga, minta dekatkanlah kami kembali.

"Sekarang ini saya tidak mahu fikirkan apa-apa. Apapun keputusan yang diambil Aidil nanti, saya akan terima dan saya akui kehidupan saya kini lebih gembira dan bahagian.

"Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?," katanya kepada murai.com.my.

Dengan lebih tegas lagi, Rita Rudaini menasihatkan kepada semua wanita agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan payung sebelum hujan seandainya mereka mahu mendirikan rumahtangga.

"Wanita zaman sekarang kena bersiap sedia dari awal-awal lagi. Walaupun bersuami, anda kena ambil langkah berjaga-jaga. Ianya supaya anda tidak kecewa dan susah di kemudian hari.

"Sejujurnya, anak-anak lebih rapat dengan saya berbanding dengan Aidil. Ada masa saya sendiri yang kena menyuruh anak-anak saya salam dengan Aidil semasa dia pulang ke rumah.

"Apapun, sekarang ini, saya tidak ada memikirkan soal pengganti Aidil. Apa yang saya fikir hanyalah anak-anak saya," jelasnya yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Balistik.

Dalam pada itu, Rita Rudaini menjelaskan, dia tiada masa untuk memikirkan soal kahwin lagi.

"Saya pun kembali aktif berlakon kerana mencari rezeki buat anak-anak bukannya hendak mencari glamor. Alhamdulillah, setakat ini anak-anak saya tidak banyak meragam. Saya pun berharap, apabila besar nanti mereka akan faham dengan apa yang terjadi sekarang ini," ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...