Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 10 Julai 2012

Aidil Buat Kes Seperti Main Bola

11 Julai 2012



Aidil Buat Kes Seperti Main Bola


Petang semalam telah berlangsungnya kes bantahan yang dikemukakan oleh pelakon Rita Rudaini Mohktar terhadap permohonan kembali taat (nusyuz) yang difailkan suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, pada 16 Mei lalu.

Ketika prosiding berlangsung, peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain telah mempersoalkan mengenai ketidakhadiran plaintif pada petang itu memandangkan pada prosiding 18 Jun lalu, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia ini turut tidak hadir ke mahkamah yang sama.

Malah, pada pagi yang sama, kelibat Aidil turut tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes hak lawatan anak-anak yang difailkannnya pada 20 Jun lalu. Menurut Datuk Mohd Zaidi Md. Zain, tindakan Aidil itu seolah-olah menganggap kes mereka ini seperti bermain bola.

“Saya bercakap begitu kerana kejap plaintif fail kes di Seremban dan kejap fail di Selangor. Jadi kita nak tahu dia tinggal di Seremban ke atau Selangor sebenarnya. Kemudian kejap nak cerai kejap tak nak cerai, itulah saya kata macam hantar bola.

“Mahkamah bukan tempat yang boleh buat macam itu dan ini menunjukkan seolah-olah plaintif bermain dengan undang-undang dan prosedur mahkamah seperti bermain bola,” ujar beliau ketika ditemui sejurus selesai prosiding.

“Kita nak komen lebih pasal pihak sana pun tak ada hak juga, biarlah dia jawab dengan mahkamah. Bagi saya, komitmen Rita sangat bagus. Tidak pernah dia tak hadir ke mana-mana prosiding. Walaupun ia hanya kes sebutan pun, dia akan datang juga, jadi saya tabik dengan komitmen dia.”

Ketika prosiding berlangsung, Hakim Syarie, Tuan Wan Mahyuddin Bin Wan Muhammad turut bertanya kepada peguam Aidil, Ahmad Nazib Johari mengenai ketidakhadiran anak guamnya dan beliau menjawab, “Pertama, prosiding ini adalah merupakan tarikh sebutan bagi memastikan dokumen defendan difailkan ke mahkamah.
“Kedua, anak guam saya tidak mendapat pelepasan pada petang ini kerana terikat dengan latihan bola sepak bagi persediaan menentang Arsenal pada 24 Julai depan. Jika pada tarikh akan datang masih juga sebutan, kita minta pihak mahkamah mengecualikan anak guam saya hingga ke tarikh keputusan. Kami juga perlu sedikit masa dalam tempoh 14 hari untuk memberi jawapan mengenai bantahan yang dibuat oleh pihak defendan.”

GUA sempat bertanya kepada Rita mengenai jalan penyelesaian secara baik yang dicadangkan oleh Tuan Hakim iaitu melalui perbincangan antara kedua-dua belah pihak, namun pelakon drama ‘Ameera’ ini tidak mahu mengulas lanjut kerana mahu menghormati prosiding mahkamah.

Namun, peguam yang mewakili Rita memberitahu, “Perbincangan ini kena ada persetujuan dari kedua-dua pihak. Tak guna kalau Rita nak, dia tak nak, jadi benda ini tak kan jadi. Malah, nak masuk perbincangan juga kena ada garis panduan. Jangan hanya bincang untuk kepentingan sebelah pihak saja manakala masalah lagi satu pihak tidak diselesaikan. Kalau boleh, Rita mahu perbincangan ini dibuat secara adil,” ujarnya mewakili Rita.

Ditanya mengenai isu tuntutan setengah juta yang dinyatakan oleh peguam Aidil ketika prosiding berlangsung, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain sambil ketawa memberitahu, “Saya pun tak tahu tentang isu tuntutan itu, kena tanya dia sendiri. Bagi saya, dia dah tak ada modal lah tu sebab anak guam dia tak datang. Sebelum ini, Rita tak pernah sebut pun setengah juta, tiba-tiba saja isu ini disebut.”

Kes bantahan hak lawatan anak-anak di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan ditangguhkan pada 25 September 2012 manakala kes bantahan nusyuz pula ditangguh pada 7 Ogos 2012, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...