Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 10 Julai 2012

Rita & Aidil Dinasihat Bincang Kes Secara Baik

11 Julai 2012

Rita & Aidil Dinasihat Bincang Kes Secara Baik

Hakim Syarie, Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad menasihati pasangan suami isteri, pelakon Rita Rudaini dan pemain bolasepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak supaya mengadakan satu perbincangan bersama bagi menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara baik.

Perkara ini diusulkan oleh beliau ketika prosiding mahkamah yang berlangsung di Mahkamah Syariah Daerah Petaling petang tadi.

“Untuk kebaikan bersama, eloklah berbincang supaya dapat memberi contoh kepada semua. Pihak ini merupakan seorang yang dikenali ramai, jadi eloklah sekiranya diselesaikan dengan cara baik. Jika kita bagi contoh yang baik, InsyaAllah akan diikuti oleh orang lain.”



Sewaktu prosiding berlangsung kira-kira jam 3 petang, tuan hakim turut bertanya kepada pihak defendan iaitu Rita sama ada beliau bersedia untuk berbincang secara baik dengan pihak plaintif dan Rita menjawab, “Saya bersedia untuk berbincang tapi atas arahan mahkamah,” ujar Rita ringkas.

Menjawab permintaan hakim yang meminta kedua-dua pasangan itu mengadakan perbincangan, peguam yang mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, “Sewaktu plaintif menfailkan permohonan cerai, kami sudahpun mencadangkan satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan kes ini secara baik.



“Namun, sehingga kini tiada perbincangan yang dilakukan kerana pihak defendan enggan mengadakan pertemuan dengan JKP atas alasan tidak mahu campur tangan dari pihak ketiga.”

Hakim kemudiannya bertanyakan kepada peguam plaintif, Ahmad Nazib Johari sama ada pihak mereka bersedia mengadakan perbincangan bersama dan beliau menjawab, “Sememangnya pihak kami membuka seluas-luasnya pintu perbincangan. Cuma masalahnya pihak defendan hanya membincangkan tentang tuntutan hampir setengah juta yang mereka minta.

“Kalau perbincangan ini hanya melibatkan tentang tuntutan sebanyak itu, adalah sukar untuk dibincangkan serta menyelesaikan kes mereka. Bagi kami, perbincangan ini boleh diteruskan melainkan mereka melihat bahawa bukan tuntutan yang mejadi isu perbincangan nanti."



Bagi memberi tempoh kepada pasangan ini mengadakan perbincangan, hakim kemudiannya menangguhkan kes ini pada 7 Ogos depan, jam 9.30 pagi. Sebelum mengakhiri prosiding, beliau memberitahu, “Mahkamah berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Kalau rasa tak boleh lagi bersama, boleh bercerai secara baik, tiada apa-apa halangan dari pihak mahkamah.

“Jika tertangguh lagi dalam tempoh lama, kemudian akan banyak lagi kes yang terpaksa dihadapi, jadi banyak lagi masa yang diambil. Namun pada masa sama yang buruknya, ianya menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat. Jadi, mahkamah berharap dengan berkat bulan Ramadhan, akan ada perjanjian penyelesaian nanti oleh pasangan ini.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...