Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 1 Mei 2012

Rita Masih Sayangkan Perkahwinan

02 Mei 2012

Rita Masih Sayangkan Perkahwinan


Pagi tadi telah berlangsungnya prosiding sebutan kes lafaz cerai pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang. Walau bagaimanapun, kes tersebut terpaksa ditangguhkan pada 16 Mei depan atas sebab tidak mendapat persetujuan dari pihak Rita.

Bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, namun pelakon drama ‘Rozanna’ ini memberitahu ingin mengetahui alasan dan sebab kukuh dari suaminya itu mengenai permohonan cerai yang difailkan terhadapnya sehari sebelum ulangtahun kelahiran Rita yang ke-36.

“Allah dah tetapkan perkara ini cuma saya nak tahu atas sebab apa dia menuntut penceraian ini. Jika betul dia nak bercerai, kenapa tunggu sampai empat bulan. Sebenarnya hati saya dah kebas dan lali kerana sebelum ini pun perkara ini pernah berlaku, namun siapa tak nak perkahwinan mereka kekal, siapa yang nak kan penceraian. Saya sayangkan perkahwinan dan anak-anak saya,” ujar Rita ketika ditemui sejurus selesai prosiding tamat.

“Ini kali ketiga dia keluar rumah. Sepatutnya saya yang perempuan lari balik rumah emak, tapi ini dia. Dulu masa awal-awal kahwin kami susah dan kena macam-macam, kenapa boleh berbincang, tapi bila nak cerai, kena lari-lari. Buat apa saya nak nasihat dia dan nak atur hidup dia. Bagi saya dia ada akal, dah besar dan dah ada dua anak, jadi sepatutnya dia lebih matang.

“Jika benda ini tak ada campur tangan, ia tak akan jadi macam ini. Sebelum dia keluar, dia terkantoi dengan saya apabila beritahu kakak sulungnya telah mengatur rumahtangga dia. Dulu masa nak terima dia, dia dah janji dan sumpah depan saya serta ibu yang dia tak akan bagi lagi keluarga masuk campur. Sebagai suami, dia perlu bertanggungjawab dan kena selesaikan masalah dalam rumah. Bagi saya, dia tak ada pendirian tetap, itu yang buat saya kecil hati.

“Apa-apapun, daya harap benda ini berjalan dengan lancar. Apa saja keputusan, saya terima dengan redha. Cuma saya ingin tegaskan, apa saja berlaku, saya akan tetap ‘fight’ untuk anak-anak,” ujar Rita yang ditemani ahli keluarganya.

Sebelum ini, Rita menerima SMS cerai dari Aidil sehari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-36. Manakala kes sebutan lafaz cerai berlangsung sehari selepas ulangtahun pertama anak bongsu mereka, Airit Rafqa Arjuna. Pasangan ini akan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai pada 16 Mei depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...