Aidil Zafuan
Namun bagi pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, situasi itu tidak pernah mengganggu tumpuannya dan rakan-rakan yang bukan saja mempunyai misi melakar kemenangan, namun lebih besar daripada itu.
“Itu perkara paling penting buat skuad kebangsaan ketika ini,” katanya yang juga beraksi bersama Tentera dalam saingan Liga Perdana.
Dalam aksi persahabatan pertama antarabangsa tahun ini, skuad negara sekadar mengikat Filipina 1-1 Februari lalu sebelum dijadual menentang Sri Lanka yang berada di ranking ke-181.
Di Asia Tenggara, skuad negara berada di tangga lebih bawah berbanding Vietnam (87), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (160) namun bagi Aidil, dia tidak terlalu dipengaruhi kedudukan itu.
“Dari segi psikologi ia tidak mengganggu kami kerana bagi saya, persembahan semasa lebih penting. Kita tidak boleh terlalu dipengaruhi dengan kedudukan itu,” katanya.
Dalam perlawanan esok, sekalipun tidak menyenaraikan beberapa tonggak yang beraksi untuk Kelantan dan Terengganu, pengendali Datuk K Rajagobal kekal optimis kemenangan mampu dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan