Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Ayuh bangkit!

05 Julai 2011


pix_gal0
Rajagobal rangka strategi baru berdepan Singapura pada 23 Julai 

"KEKALAHAN ini pasti akan menjadi satu pengajaran besar kepada pemain," kata Datuk K Rajagobal merujuk kepada episod duka tewas kepada Taiwan, kelmarin.
Kini pengendali skuad Harimau Malaya mahu mengalih fokus menjana strategi baru menentang pasukan tetangga, Singapura dalam perlawanan pusingan kedua di negara republik itu pada 23 Julai ini sebelum membuat penentuan dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri pada 28 Julai.


Apa pun, dengan tarikh perlawanan ini, difahamkan skuad Olimpik pimpinan Ong Kim Swee akan menentang Chelsea dalam perlawanan Jelajah EPL pada 21 Julai ini dan bukan skuad senior seperti dijadualkan sebelum ini. 

“Saya mahu menjadikan kekalahan ini pe­ngajaran kepada pemain untuk berdepan ujian lebih besar menentang Singapura,” katanya selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. 

“Saya pasti kami dapat mempamerkan corak permainan lebih baik pada pusingan kedua nanti.” 

Malaysia tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Taipei, kelmarin tapi layak ke pusingan berikut de­ngan agregat 4-4. Anehnya, semua gol lawan adalah menerusi sepakan penalti selepas Harimau Malaya mendahului dua kali menerusi Zafuan Abd Radzak dan ketua pasukan, Safiq Rahim. 
“Saya tidak mahu menyoal faktor luar se­perti mutu pengadilan, tetapi dalam kerjaya saya, ini kali pertama tiga penalti dikenakan ke atas pasukan sama dalam tempoh 90 minit, sambil peluang kita mendapat penalti dinafikan,” kata Rajagobal. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...