Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Aidil akui banyak buat kesilapan

05 Julai 2011


WALAUPUN meledak gol pembukaan pada perlawanan menentang Taiwan, malam kelmarin, pemain pertahanan tengah negara, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak tetap kecewa dengan persembahan yang dipamerkannya.
“Kami (barisan pertahanan) banyak melakukan kesilapan berbanding bahagian lain. Kami terlalu banyak memberi ruang kepada lawan sehingga mereka berjaya menjaringkan tiga gol selain menghadiahkan tiga sepakan penalti.

“Namun saya tidak mahu menyalahkan pemain lain kerana saya secara peribadi kecewa dengan persembahan sendiri. Saya tetap menerima keputusan ini secara positif kerana kami masih layak ke pusingan kedua,” katanya yang turut dilayangkan kad kuning pada perlawanan itu.
Bekas kapten negara itu bagaimanapun menganggap ia satu pengajaran yang berguna kepada barisan pertahanan muda negara untuk terus menimba pengalaman serta membaikinya pada aksi perlawanan selepas ini.

Mohd Aidil Zafuan yang tersisih daripada aksi Piala AFF penghujung tahun lalu akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kanan kembali mendapat kepercayaan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal untuk bergandingan bersama Mohd Fadhli Shas di bahagian tengah, malam kelmarin selain kehadiran Mohd Asrarudin Putra Omar (kiri) dan Mahalli Jasuli (kanan).

“Walaupun sudah beraksi dua perlawanan sebagai kesebelasan utama, saya tidak boleh leka kerana jurulatih mempunyai banyak pilihan. Saya perlu terus berusaha dan meningkatkan prestasi jika mahu terus mendapat kepercayaan,” katanya.
Mengenai jaringan keduanya dalam dua perlawanan berturut-turut, pertahanan Negeri Sembilan itu berkata dia tidak menyangka cubaan dari jarak yang agak jauh itu membuahkan hasil dan dapat membantu Harimau Malaya mara ke pusingan kedua.

“Ia boleh dianggap satu bonus kepada saya kerana sebagai pemain pertahanan tugas saya adalah mempertahankan gol daripada dibolosi lawan. Mungkin saya bertuah kali ini, bukannya pemain penyerang (menjaringkan gol),” katanya.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...