Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Arsenal, Liverpool asah taring Harimau

05 Julai 2011



Skuad negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Taipei, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari


SEPANG - Siri Jelajah dua kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Arsenal dan Liverpool bakal menjadi medan persediaan skuad Harimau Malaya sebelum menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, pertemuan dengan dua kelab EPL itu sudah cukup memadai untuk mengasah kemahiran pemain-pemain negara sebelum berdepan Singapura pada 23 Julai ini.
Tambahnya, perlawanan menentang Arsenal pada 13 Julai ini dan Liverpool pada 16 Julai mampu memberi pendedahan kepada para pemain negara terutama dalam mempertingkatkan tahap kecergasan.
''Saya lihat perlawanan persahabatan ini adalah sesuatu yang baik buat pemain dan sudah tentu saya akan pastikan semua pemain memperoleh peluang sebegini.
''Ini adalah satu persediaan yang amat baik dari segi mental dan fizikal sebelum beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia,'' katanya kepada pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Sementara itu, Rajagobal memberitahu, layak beraksi untuk pusingan kedua pada 23 Julai ini seakan memberi nafas baru buat pasukan kebangsaan.
''Saya yakin pemain kita mampu memberi persembahan lebih baik berbanding yang aksi pada pusingan pertama menentang Taiwan.
''Saya juga akan memberitahu pemain agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan ketika menentang Taiwan sewaktu menghadapi Singapura nanti,'' jelas Rajagobal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...