Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Elak padah jumpa Singapura

05 Julai 2011



Pemain negara, Amirulhadi Zainal (dua dari kanan) bersaing dengan pemain Taiwan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Taipei, kelmarin. Malaysia mara ke pusingan kedua selepas terikat dengan agregat 4-4 dan bakal menentang Singapura pada 23 Julai ini.


SEPANG - Padah bakal menanti pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura andainya skuad negara masih mengekalkan corak permainan tidak konsisten.

Itu amaran keras yang diberikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kepada anak-anak buahnya selepas Malaysia memperoleh kemenangan menentang Taiwan atas kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4 di Stadium Perbandaran Taipei.

Malah, Rajagobal juga mengakui bahagian pertahanan seakan hilang fokus ketika menentang Taiwan di laman sendiri mahupun tempat lawan.

''Pertahanan tidak terlalu fokus pada perlawanan menentang Taiwan, namun keseluruhannya bukan kita bermain dengan teruk kerana kita juga ada mendapat peluang menjaringkan gol selain berupaya mendapatkan jaringan.

''Pada perlawanan semalam (kelmarin) sepatutnya kita bertambah yakin selepas gol pembukaan tetapi kita seakan hilang tumpuan hingga memberi peluang kepada pasukan lawan mendapatkan jaringan begitu juga selepas kita memperoleh gol kedua.

''Penting kini pemain perlu sedar bahawa mereka tidak bermain seperti yang kita arahkan dan saya harap corak permainan dapat ditingkatkan apabila menentang Singapura nanti,'' katanya kepada pemberita sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Pada aksi perlawanan kedua pusingan pertama kelmarin, pertahanan skuad kebangsaan adakalanya hilang fokus sehingga mudah melakukan kesilapan dalam kotak penalti.

Situasi sama turut berlaku ketika perlawanan di laman sendiri yang menyaksikan gol Taiwan diperoleh atas kealpaan bahagian pertahanan.

Sementara itu, Rajagobal turut meletakkan harapan agar semua pemain yang cedera mampu pulih sepenuhnya sebelum menentang Singapura di gelanggang lawan pada 23 Julai ini.

''Saya yakin dengan pemain-pemain kita dan saya mahu semua pemain yang ada bersedia apabila diturunkan untuk beraksi.

''Selepas dua perlawanan ini saya harap pemain mampu memperoleh rentak ketika menghadapi Singapura,'' jelas Rajagobal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...