Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Arsenal, Liverpool medan ujian getir

05 Julai 2011


pix_gal0
UJIAN getir menentang Arsenal dan Liverpool harus menjadi bekalan baik buat skuad Harimau Malaya bagi persiapan ke arah pusingan kedua kelaya­kan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 Julai ini. 

Pada firasat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal pasukan nega­ra harus anggap bertuah dapat menentang dua lawan tersohor dari Liga Perdana Inggeris pada situasi seperti ini sebagai persiapan terakhir untuk mara lebih jauh dalam kelayakan zon Asia.
Skuad senior negara akan menentang Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool tiga hari kemudian.
“Skuad negara sebenarnya bertuah dapat bertemu dua pasukan EPL. Dua perlawanan persahabatan ini sudah cukup untuk kita memikirkan persiapan sebelum menentang Singapura. 

“Ia adalah satu persiapan yang baik buat pasukan negara. Saya akan beri peluang kepada pemain mempamerkan yang terbaik untuk dipilih dalam kesebelasan utama nanti,” katanya, semalam. 

Apa pun, difahamkan skuad senior terpaksa melupakan hajat menentang Chelsea pada 21 Julai ini kerana tarikhnya terlalu rapat dengan perlawanan pertama menentang Singapura yang dijadualkan dua hari kemudian di negara republik itu. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...