Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 4 Julai 2011

Aidil yakin harimau bangkit

05 Julai 2011


 AIDIL Zafuan (kanan) peledak gol pertama skuad negara ketika bertemu Taiwan di Taipei, kelmarin.
AIDIL Zafuan (kanan) peledak gol pertama skuad negara ketika bertemu Taiwan di Taipei, kelmarin.
Anggap kekalahan satu pengajaran berguna sebelum temu Singapura 

DI Taipei, boleh dikatakan semuanya teratur dan tersusun, baik bandarnya mahu pun disiplin rakyatnya. Tetapi kedatangan pasukan kebangsaan ke sini, kelmarin menyaksikan 'suasana itu dicemari' dengan permainan tidak tersusun barisan pertahanan negara.
Ia diakui wira negara pada dua perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014, Aidil Zafuan Abd Radzak yang meledak satu gol di setiap perlawanan tetapi pada masa sama gagal memastikan benteng negara tidak dibolosi.


“Saya anggap kekalahan ini sebagai pengajaran berguna buat kami menjelang pertemuan dengan Singapura pada pusingan kedua nanti. Kami bertekad tidak akan mengulangi kesilapan sama yang mampu memusnahkan impian melangkah lebih jauh dalam saingan ini,” katanya. 

Aidil yang membuka jaringan pada minit kelapan hasil sepakan percuma dari jarak 35 meter menambah: “Walaupun layak, saya tetap sedih kerana tewas perlawanan kedua ini. Pada awalnya saya memang gembira dengan jaringan terbabit, tetapi kesilapan saya dan rakan-rakan yang leka seketika di barisan pertahanan menyebabkan tuan rumah menyamakan kedudukan. 

“Kami bangkit mendahului sekali lagi, tetapi pengadil pula memberi penalti kepada Taiwan pada saat-saat akhir sebelum rehat. Saya akui barisan pertahanan kurang terkawal menyebabkan lawan mudah mengasak gawang negara.” 

Aidil yang kembali mendapat tempat di dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal selepas pulih daripada kecederaan, berharap dapat terus membantu negara mengorak langkah dalam kelayakan Piala Dunia 2014. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...