Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 26 April 2011

Zaquan akur terlepas aksi kelayakan Piala Dunia

27 April 2011


SUBANG JAYA -Setelah dibelenggu kecederaan lama yang berulang, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak mengambil sikap berhati-hati dalam menangani masalah kecederaannya.

Zaquan, yang mengalami kecederaan lutut atau anterior cruciate ligament (ACL) terpaksa berehat panjang sehingga Oktober ini setelah menjalani pembedahan, dua minggu lalu atas nasihat doktor.

Dia mengakui tidak mahu 'berputih mata' lagi setelah tidak dapat beraksi pada kejohanan Piala Suzuki AFF tahun lalu, yang menyaksikan Malaysia muncul juara.

"Saya kecewa kerana tidak dapat beraksi pada Piala AFF dan kecederaan yang berulang sekali lagi menyebabkan saya terlepas peluang mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan.

"Atas nasihat doktor, saya memutuskan lebih baik menjalani pembedahan kerana saya perlu memikirkan masa depan karier saya untuk tempoh jangka panjang," katanya di sini, kelmarin.

Zaquan menyertai perlawanan persahabatan bersama para pelajar Akademi Fantasia 9 anjuran Mizi Sports Centre di gelanggang Ferro Futsal di sini.

Malaysia akan menentang Taiwan pada perlawanan pertama di tempat sendiri, 29 Jun ini sebelum berlepas ke gelanggang lawan bagi mengharungi perlawanan kedua pada 3 Julai.

Sebelum itu, pasukan kebangsaan akan turun dalam aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini.
Menurut Zaquan, dia juga tidak rela hampa terlepas aksi Piala AFF pada tahun depan.

Untuk memastikan hasratnya tercapai, dia perlu mengorbankan peluangnya bermain dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan memandangkan dia perlu menjalani sesi pemulihan yang panjang.

"Tak mengapalah saya terlepas aksi untuk pusingan kelayakan kerana saya berpendapat pada tahun depan banyak perlawanan yang penting membabitkan pasukan kebangsaan dan ketika itu, saya pasti sudah kembali cergas," ujarnya.

Mengena Negeri Sembilan yang kini mengalami kemerosotan, Zaquan memberitahu, dia sendiri sukar untuk mengulas mengenai masalah yang membelenggu mereka.

"Tiada masalah di kalangan pemain, saya sendiri tidak tahu puncanya, tetapi saya yakin kami mampu bangkit dengan bantuan serta sokongan jurulatih kami, cuma masa sahaja yang menentukan," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...