
Image © D5
Para tetamu VIP dan pemenang anugerah bersama para atlit Duta dan Lagenda baru semasa sesi bergambar sempena sambutan ulang tahun pertama Astro Arena yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 24 April 2011.
Para tetamu VIP dan pemenang anugerah bersama para atlit Duta dan Lagenda baru semasa sesi bergambar sempena sambutan ulang tahun pertama Astro Arena yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 24 April 2011.
KUALA LUMPUR, (D5) - Sambutan ulang tahun penyiaran Astro Arena (Saluran 801) yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur malam tadi diraikan dengan penuh gilang gemilang dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu VIP, para atlit, media serta individu-individu yang terlibat sejak kali pertama ia dilancarkan.
Antara yang hadir bersama memeriahkan
sambutan ialah antaranya Pengerusi Astro Dato' Haji Badri Haji Masri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa.

"Saya bangga melihat Astro Arena kini sudah genap setahun usianya dan diharapkan kami dapat menjana serta bergerak dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk berjaya dalam bidang sukan," kata Dato' Haji Badri semasa menyampaikan ucapan pembukaan.

Di samping itu, pihak Astro Arena juga menyampaikan penghargaan kepada MOM kerana banyak memberi dorongan dan bantuan sejak kali pertama ia dilancarkan, malahan penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak MOM juga sedikit banyak memberi impak yang hebat.
"Tahun pertama bekerjasama dengan Astro Arena satu pengalaman yang hebat dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama antara MOM dan Astro Arena," demikian ujar Tunku Tan Sri Imran.
Kemeriahan sambutan ulang tahun dimeriahkan lagi dengan kehadiran para atlit negara seperti pemain skuasy No 1 Dunia Datuk Nicol David, jaguh No 1 badminton perseorangan negara Lee Chong Wei, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Razak serta Zaquan Adha dan ramai lagi.

Seramai 22 atlit telah dipilih untuk mewakili Astro Arena selaku Duta manakala sembilan bekas atlit negara pula terpilih sebagai Lagenda Baru yang juga akan berperanan untuk memartabatkan imej sukan Malaysia di mata dunia.
Atlit baru yang terpilih ialah Alex Liew (Boling), Azizulhasni Awang (Basikal), Azlan Iskandar (Skuasy), Bryan Nickson (Terjun), Daniel Bego (Renang), Khairul Fahmi Che Mat (Bola sepak), Datuk Lee Chong Wei (Badminton), Leong Mun Yee (Terjun), Low Wee Wern (Skuash), P. Mariappan (Angkat Berat Paralimpik), Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak (Bola sepak), Safee Sali (Bola sepak), Datuk Nicol David (Skuash), Nor Shahrul Idlan Talaha (Bola sepak), Nur Suryani Md Taibi (Menembak), Pandelela Rinong (Terjun), S. Kumar (Hoki), Suhan Kumar (Kriket), Yamini Gopalasamy (Karate), Zandra Aziela (Boling) dan Zamri Baba (Cub prix).

Majlis sambutan ulang tahun Astro Arena diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada lima pemenang kategori yang dipilih oleh para peminat sukan menerusi undian di laman www.arena.my dan disusuli kemudiaan dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama para tetamu VIP dan atlit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan