Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 7 Februari 2011

Isu Rita-Keluarganya: Aidil Jelaskan Segalanya!

07 Februari 2011

Syafi: Peserta Uji Bakat Online AF9 Kurang Bersedia!



KUALA LUMPUR, 7 FEB 2011: Walaupun sudah pun berbaik dengan isterinya, namun hakikatnya, kisah rumahtangga pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan bersama aktres Rita Rudaini masih lagi terus diperkatakan.

Isu ini mula tersebar berikutan kenyataan Rita Rudaini yang mendakwa bahawa pengakuan Aidil tentang isu dia dan keluarga Aidil sudah berbaik semula sewaktu majlis resepsi Zakuan dan Ayu diadakan baru-baru ini sebagai tidak berasas sama sekali.

Malah, timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa isu berbaik semula itu hanyalah sebagai satu lakonan semata-mata kerana wujudnya seorang wartawan hiburan di situ.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika itu? Kenyataan Aidil dan kenyataan Rita sama sekali bercanggah? Persoalannya, kenyataan siapa yang benar dan kenyataan siapa pula yang salah?

Sewaktu sesi kejutan untuk peserta Raja Lawak 5 (RL5) dilakukan di Country Heights, malam tadi, Aidil memberitahu bahawa segala yang diceritakannya itu adalah benar belaka dan ianya bukanlah satu propaganda.

"Saya masih sah suami kepada Rita. Mungkin sekarang ini orang luar tidak tahu apa yang berlaku antara kami. Ini adalah antara saya dan isteri saya saja. Bagi saya, perkara ini terlampau peribadi untuk diceritakan kepada masyarakat.

"Ada perkara yang boleh kita cerita dan ada juga yang perlu dirahsiakan atau pun hanya kita saja yang perlu tahu. Sesungguhnya apa yang saya jelaskan pada media sebelum ini adalah satu perkara yang benar. Saya ceritakan apa yang terjadi pada masa itu.

"Waktu kejadian, saya, mak dan abah saya serta Rita ada di situ. Mungkin Rita ada sedikit salah faham dengan mak dan abah saya. Saya cakap ini pun bersandarkan apa yang saya nampak masa itu. Buat apa saya nak tipu dan ia tidak mendatangkan apa-apa faedah sekiranya saya menipu," katanya kepada murai.com.my.

Dalam masa yang sama, Aidil turut menjelaskan berkemungkinan isterinya ada salah faham bersama ibu dan ayahnya tanpa pengetahuan dia sendiri selaku suami.

"Sebenarnya, niat keluarga saya dan Rita nak berbaik sudah lama dirancang. Saya akui memang masing-masing ada kesilapan sendiri. Mungkin saya nak baikkan isteri dan keluarga memakan masa yang lama. Terus-terang, kami tidak berlakon dan perkara berbaik ini bukanlah dibuat disebabkan wartawan yang ada ketika waktu itu.

"Sekarang ini pun, keadaan keluarga saya sudah pun kembali jernih. Mungkin kalau saya cakap lebih banyak lagi boleh menyebabkan keadan menjadi keruh. Yang penting, kami sudah baik . Saya pun nak cakap, apa yang berlaku kepada saya tini idak ada kaitannya dengan dengan adik saya yang baru berkahwin.

"Saya pun tidak rasa, isu rumahtangga saya mencalar kebahagian adik saya (Zaquan Adha) yang baru saja memperisterikan Ayu Raudhah. Adik pun dah bahagia sekarang," ujar Zaquan.

Sementara itu, ada yang berpendapat perkahwinan adiknya Zaquan turut tidak mendapat restu keluarga. Namun, Aidil sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih pasti tentang segala yang berbangkit ini, klik dan tonton video eksklusif temubual bersama Aidil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...