Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 1 Februari 2011

Rajagobal mahu kekal rentak

02 Januari 2011



SKUAD bola sepak negara akan kembali menjalani latihan di gelanggang Kelana Jaya petang ini sebagai persiapan menentang Hong Kong dalam satu aksi persahabatan minggu depan.




GENAP lima minggu setelah muncul juara Piala Suzuki AFF 2010, skuad bola sepak kebangsaan kembali berkumpul menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya petang ini.
Ia sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa pertama 2011 bertemu Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu depan.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, beliau mengharapkan pemain- pemainnya dapat mengembalikan prestasi dan rentak cemerlang sepanjang la- tihan selama tujuh hari itu.
"Saya tak mahu skuad ini kehilangan rentak selepas kita menjuarai Piala Suzuki AFF. Tetapi aksi persahabatan dengan pertandingan sebenar banyak bezanya dari segi tempo, suasana dan ke- hendak.
"Saya juga mahu melihat pemain-pemain yang tiada dalam skuad Piala Suzuki AFF yang kini dipanggil semula dapat mempamerkan kualiti masing- masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Untuk latihan kali ini, Rajagobal memanggil 24 pemain termasuk tujuh yang tidak disenaraikan pada Piala Suzuki AFF iaitu Aidil Zafuan Radzak, Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Azmi Muslim, S. Chanthuru, G. Mahathevan dan Shahrizal Saad.
Namun, lima pemain dari skuad Piala Suzuki AFF tidak dipanggil kali ini iaitu Amri Yahyah, Raz- man Roslan (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari (Kedah).
Ditanya tentang beberapa pemain kebangsaan yang dilihat tidak menyerlah pada aksi sulung Liga Super pada Sabtu lalu, Rajagobal enggan memberi komen panjang.
"Saya rasa kamu sendiri boleh lihat bagaimana permainan mereka Sabtu lalu. Apa pun sebagai jurulatih, saya akan lihat dan pantau prestasi mereka," jelasnya.
Dalam pada itu, Rajagobal turut mengesahkan bahawa beliau belum bergelar Datuk seperti apa yang tersebar di laman Facebook dan blog kelmarin yang menyatakan namanya telah tersenarai untuk mendapat gelaran itu sempena Hari Wilayah semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...