Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 10 September 2014

Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly?

10 September 2014



Oleh RotiKaya Staff pada 
09 September 2014, 5:09PM
Satu lagi kes cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem. Jika sebelum ini kita semua dengar akan kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.
Namun bukanlah Farid Kamil, tetapi Zaquan Adha yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem yang bakal ke pawagam Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah berlakon bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.
Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.
#03 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak — merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha.
#02 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
#01 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
Apa cerita? (rtky/m)

Perang Twitter Iqram Dinzly – Zaquan Adha Sengaja Dilakukan Untuk Promosi Filem?

10 September 2014
iqram
Tajuk tu macam pernah dengar tak sebelum ni? Ha.. rasanya anda masih ingat lagikan kes Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish dek kerana sekeping foto yang diambil semasa promosi filem.
Ha.. kali ni kes jadi terbalik. Semalam, laman twitter jadi kecoh bila Zaquan Adha tiba-tiba mengamuk dan tidak membenarkan isterinya, Ayu Raudhah untuk berlakon lagi.
Susulan itu, Iqram Dinzly yang juga merupakan antara teraju utama dalam filem Lagenda Budak Setan 3 itu pun membalas kenyataan Zaquan dengan ayat yang tak kurang berbisanya!
Fotor091000312
Nampaknya kedua-dua mereka memang betul-betul panas hati kan? Status-status tersebut seterusnya menarik perhatian para followers mereka dan mengundang pelbagai persepsi terhadap ‘perang dingin’ itu.
Ada yang menyalahkan Zaquan kerana tidak bersikap profesional dan tidak kurang juga meng’hakimi’ lakonan Iqram yang mungkin agak keterlaluan.
Namun, sudah semestinya teori bahawa perdebatan mereka itu sengaja dilakukan untuk menghangatkan ‘suasana’ supaya filem tersebut jadi laku di pawagam.
Hurm..Boleh jadi juga point tu sebabnya penonton Malaysia ni pasti akan tertanya-tanya babak mana yang membuatkan Zaquan sampai mengamuk kan?
Tapi, teori hanya tinggal teori. Kalau nak tahu betul ataupun tidak, anda semua kena tunggulahstatement daripada mulut mereka sendiri. Hehe.

No More Shooting, Luah Zaquan Adha Selepas Lihat Lakonan Isterinya Dalam Lagenda Budak Setan 3

10 September 2014

Wow. Terkejut Abang Nara membaca kata-kata Zaquan Adha yang diluahkan menerusi Twitter hari ini. Mana tidaknya, nampak seperti karier lakonan isterinya, Ayu Raudhah akan tamat kerana Zaquan tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sekali lagi seperti dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Adakah dengan kata-kata ‘No more shooting’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘tiada lagi penggambaran’ membawa makna karier Ayu Raudhah sebagai seorang pelakon telah berakhir? Hmmmm.
zaquan adha
Menariknya salah seorang pelakon filem Lagenda Budak Setan 3 iaitu Iqram Dinzly telah membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaquan Adha ini. Iyerlah mungkin Zaquan ingat kalau berlakon kena tendang maknanya memang kena tendang betul-betul. Dah nama pun lakonan, takkanlah si Ayu Raudhah nak kena tendang macam kena ‘tackle’ kat padang bola kan? Semua ini hanya lakonan semata-mata. Tak gitu?
zaquan adha
Namun Abang Nara faham kalau Zaquan Adha tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan seperti di dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Iyerlah Zaquan kan pemain bola jadi tak faham selok belok dunia lakonan. Namun ini juga membawa makna lakonan isterinya dan pelakon-pelakon lain menjadi. Orang kata nampak ‘real’ sampai suami sendiri tak sanggup tengok. Tak gitu?
ayu raudhah
Diharap kata-kata yang diluahkan oleh Zaquan itu hanyalah ‘heat of the moment’. Rugi benar rasanya jika Ayu Raudhah disuruh berhenti berlakon. Ayu antara pelakon yang berbakat besar. Namun keputusan terletak di tangan Zaquan. Sila bawa berbincang. Mungkin boleh baca skrip dulu sebelum memberi kebenaran isteri anda menerima sebarang tawaran lakonan. Tak gitu?
You might also like

Iqram Dinzly Minta Maaf Kepada Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

10 September 2014



Oleh RotiKaya Staff pada 
10 September 2014, 12:09PM
Semalam melalui akaun Twitter beliau, suami kepada pelakon Ayu Raudhah meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi ketika penggambaran filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah dan mengeluarkan arahan menghalang isterinya dari terlibat dengan lakonan.
Adegan yang menimbulkan rasa tidak puas hati Zaquan Adha itu difahamkan melibatkan pelakonIqram Dinzly yang membawakan watak suami kepada Ayu Raudhah dalam filem itu. Terdapat satu babak yang memerlukan Iqram Dinzly memukul Ayu Raudhah.
“Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga”
“Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya naik sheikh hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila dalam filem tersebut”
“Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini,“ ujar Iqram Dinzly kepada Berita Harian hari ini.
Pelakon itu turut menambah yang beliau tidak fikir ini merupakan satu gimik untuk melariskan filem seperti yang didakwa selain mengakui Zaquan Adha ada hak untuk bertindak begitu. (rtky/m)

Ayu Raudhah Respon Isu Perdebatan Antara Iqram Dinzly & Zaquan Adha. #LBS3

10 September 2014


ISU & KONTROVERSI
Screen Shot 2014-09-10 at 1.28.13 PM
Seperti yang kami janjikan awal pagi tadi, nah kini kami bawakan update terbaru mengenai kes perang twitter antara Iqram Dinzly dan Zaquan Adha.
Eh? Ada yang tak tahu lagi? La.. macam ni, semalam Zaquan dan Iqram dilihat saling berbalas komen di Twitter dek kerana isu lakonan yang dianggap keterlaluan dalam filem Lagenda Budak Setan (LBS3).
Ha.. kemudian, Farid Kamil pun ada update status yang mengatakan bahawa Ayu Raudhah memang ditendang betul-betul semasa di lokasi filem Lagenda Budak Setan 3.
Screen Shot 2014-09-10 at 12.14.46 PM
Status yang dimuat naik oleh Farid Kamil
Mengakui agak trauma dengan watak yang dibawa dalam LBS 3, Ayu Raudhah ketika ditemubual oleh Berita Harian memberitahu bahawa dia tak menyangka suaminya, Zaquan akan memuat naik status ‘panas’ berkenaan di laman twitternya.
“Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.
Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.
Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.”
Ayu Raudhah turut menceritakan bahawa babak yang membabitkan dirinya memang banyak mengandungi aksi pukul memukul antara suami isteri. Bagaimanapun, Iqram akan meminta maaf setiap kali penggambaran dilakukan.
Screen Shot 2014-09-10 at 12.38.54 PM
“Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.
Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai
Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak. Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.”
Wah.. sampai serik dibuatnya ya? Dek kerana kenyataan yang diberikan Ayu, kami pun jadi tertanya-tanya teruk sangat ke adegan tersebut? Hurm… apakata kita tengok trailernya dahulu di bawah.
<iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="270" src="//www.youtube.com/embed/J5Hk2FRtdvQ" width="480"></iframe>

(8 GAMBAR) Zarema Zainal, Isteri Aidil Zafuan Semakin Berseri Sejak Hamil

10 September 2014

Isteri selebriti sukan tempatan Aidil Zafuan Abdul Razzak, iaitu Zarema Zainal semakin berseri sejak bertudung dan hamil. Keduanya kelihatan gembira ketika bercuti di Universal Studios, Singapura baru-baru ini. Turut serta dalam percutian tersebut ialah adik Aidil dan iaitu Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah Che Wan.

 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture8.jpg
Teruja sebentar kami melihat ‘baby bump’ Zarema semakin jelas. Khabarnya peminat Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Takzim bersama-sama Zarema tidak sabar-sabar menanti kelahiran anak mereka yang pertama dan teruja mahu melihat bayi mereka.
Semoga segalanya dipermudahkan buat Zarema dan Aidil dalam menyambut kelahiran anak pertama mereka itu.
Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture1.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture2.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture3.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture4.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture5.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture6.jpg
 photo isteri-aidil-zafuan-itsmepicture7.jpg

Baby Bump Isteri Aidil Zafuan, Zarema Zainal Bikin Peminat Teruja!

10 September 2014

Screen Shot 2014-09-08 at 2.38.50 PM
Woot woot! Korang ingat lagi tak perkhabaran gembira mengenai isteri kesayangan pemain bola sepak pasukan JDT, Aidil Zafuan yang kini sudahpun disahkan hamil?
Haa, rasanya dah lama juga berita tersebut kan? Ni kami nak bagi tau ni, adalah seorang hamba Allah ni mengirimkan foto-foto terbaru pasangan bahagia ni.
Kalau korang nak tahu, baby bump Zarema dah kelihatan tau! Bukan kami je yang teruja tengok perut Zarema yang dah mula menampakkan perubahan, pengikut Instagramnya pun turut teruja.
Screen Shot 2014-09-08 at 2.39.35 PM
Haaa, nampak tak baby bump tu? Comel!
Walaupun kandungan Zarema masih lagi kecil dan kurang jelas, namun peminat pasangan ini tetap seronok melihat baby bumpnya yang comel itu.
Hmm, kami lihat, sampai ada yang dah tertanya-tanya baby boy atau baby girl sebab nak belikan hadiah buat si comel yang bakal lahir nanti. Wah! Advance betul. Hehe.
Screen Shot 2014-09-08 at 2.26.33 PMScreen Shot 2014-09-08 at 2.26.05 PM
Apapun, tak kisahlah baby bump kecil ke besar, yang penting kandungan dan ibu sama-sama sihat. Betul tak? Apa kata korang tengok sikit foto-foto yng dikirimkan pada kami ni.

Kalau Saya Gila Duit, Baik Kejar VVIP…Bukan Mahkamah! – Rita Rudaini

10 September 2014

Rita Rudaini Tuntut Hak Anak Sampai Dapat

10 Sepember 2014

rita rudaini tuntut hak anak sampai dapat
KUALA LUMPUR 4 SEPT 2014: Aktres jelita, Rita Rudaini tidak akan berputus asa untuk menuntut nafkah anaknya daripada bekas suami Mohd Aidil Zafuan yang kini dikatakan semakin tidak mempedulikan kebajikan kedua-dua anaknya itu.
Menurut Rita, Aidil perlu ingat yang kedua-dua anak yang dibawah jagaannya itu adalah anak kandungnya dan bukan anak tiri.
Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah berkahwin dengan wanita lain.
“Memang saya failkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta’ah sebanyak RM300,000. Kesian dekat anak-anak, saya nak jelaskan duit tuntutan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak saya yang semakin membesar, “ katanya dengan tegas yang ditemui Murai di Majlis Pelancaran Salute Malaysia Di UniKL.
Disebabkan tuntutan itu juga, Rita dituduh sebagai wanita yang gilakan duit dan tamak namun dengan ringkas dia menjelaskan, kalau dia gilakan duit dan harta sudah lama dia mencari mana-mana VIP atau pun ahli korporat yang berjaya untuk dijadikan suami tetapi dia tidak seperti itu.
“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak, dia tu (Aidil) duduk rumah besar yang sangat selesa, anak-anak entah dia terfikir ke tidak,” ujarnya.
Rita juga tidak pasti mengapa Aidil bersikap demikian, bukan niat Rita untuk menganggu kebahagiaan rumahtangga dia yang baru sahaja dibina. Tetapi Rita mohon tolonglah ingatlah pada anak-anak ini terutama Airit Qaqa Arjuna 3, yang Aidil tinggalkan ketika berusia 7 bulan dan Rayyan Rizqin yang kini berusia 5 tahun.
“Raya tahun ni, baju raya ke duit raya langsung tidak dihulur, raya tahun lepas adalah juga tapi bagi pada hari raya kelima, dah nak habis raya baru nak bagi, nak buat apa! Apa lagi saya boleh buat, dengan cara keadilan di mahkamah sahajalah yang mampu tolong saya dan anak-anak. Lagipun dalam kes penceraian saya ini memang bukan salah saya.”
Dalam perkembangan lain, Rita kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama disamping pelakon Siti Saleha dan Remy Ishak. Drama bersiri 14 episod itu akan ditayangkan di TV9 tidak lama lagi.

Rita Rudaini: Hati Saya Sudah Tertutup Untuk Berkahwin Lagi

10 Sepember 2014




Oleh RotiKaya Staff pada 
04 September 2014, 8:09AM
Pelakon yang sudah kerap kali ke mahkamah untuk memperjuangkan hak maruah dan anak-anak,Rita Rudaini telah menjelaskan bahawa kini dia tidak ada lagi hasrat untuk berkahwin kerana pintu hatinya telah tertutup untuk ke arah itu.
Dia yang ditemui semasa majlis pelancaran kempen dan lagu Salute Malaysia di UniKL kelmarin mengatakan bahawa bukan serik untuk berkahwin tetapi tidak mahu untuk anak-anaknya disakiti atau tidak disayangi.
“Hati sudah tertutup. Buat masa ini dalam hati tiada langsung hasrat untuk berkahwin atau apa sahaja, bukanlah rasa tidak ada langsung tetapi saya takut sekiranya anak saya tidak disayangi. Lagipun saya sungguh sensitif apabila orang ‘haip’ anak saya. Orang gaji marah anak pun, saya dah tak boleh,”ujarnya memulakan bicara tentang kehidupan kini.
Isu turun naik mahkamah adalah isu biasa bagi seorang wanita yang bernama Rita Rudaini kerana baginya apa yang dilakukan ini adalah bukan semata-mata untuk mengejar harta atau wang ringgit tetapi adalah kerana maruah dan hak anak-anaknya yang telah diabaikan tanggungjawabnya daripada bekas suami.
Disebabkan itulah dia bersungguh-sungguh untuk terus berada di pihak keadilan untuk membela nasib diri dan juga anaknya, Rayyan 5, dan Arjuna 3.
“Anak-anak faham kerana mereka bersama dan selama ini pun saya sudah besarkan anak-anak sehingga kini. Kalau orang nak kata saya gila duit kea pa, mestilah saya nak kejar VVIP atau menjadi permaisuri ke apa kan?. Pada saya RM300,000 dan yang lain-lainnya bukan ukuran untuk maruah saya dan anak-anak yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit”
“Mengikut undang-undang saya ada hak dan peguam pun sudah kira kesemuanya dan saya hanya menurutinya sahaja dan terpulang pada keputusan mahkamah sama ada mahu memberikan jumlah tersebut atau pun sebaliknya,” katanya tegas.
Rita juga turut menafikan bahawa sesetengah pihak ada yang mengatakannya seperti tidak boleh melepaskan Aidil daripada berbahagia dan menuntut perkara-perkara yang bukan-bukan sehinggakan ada yang sudah muak dengan isu rumah tangga mereka.
“Tak ada masalahnya dia (Aidil) sudah berkahwin dan bahagia kan? Jadi saya sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin dalam serba kekurangan dan tak pernah untuk meminta apa-apa dan bila diri saya tak diperlukan lagi takkan saya nak biarkan diri saya sebegitu sekali.
“Sebabnya saya ada anak, saya perlu ‘fight’ saya bukan kahwin tak sah dan saya masuk sini pun saya sudah daftarkan dan mahkamah kata sah. Saya sudah pun menjalankan kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri pada dia dan lahirkan juga besarkan anak-anak dia dengan elok, saya pun dah ikut cakap dia dan tidak ada satu pun mahkamah di Malaysia yang mengatakan saya nusyuz. Saya tak ada kesalahan apa-apa pun dan mahkamah tak pernah cakap saya bersalah. Kalau orang kata saya tak nak bagi dia bahagia ke apa itu tidak”
Rita turut menjelaskan bahawa kali terakhir Aidil menjenguk anak-anaknya adalah pada sebelum Aidil bernikah dan itulah kali terakhir mereka bertemu.
“Apa yang sedih pada tahun ini ialah dia tidak langsung memberikan baju dan duit raya pada anak-anak bertanya pasal baju raya pun tidak. Itu yang saya rasa raya tahun ini cukup marah dan tidak ada mood kerana apa yang telah dia buat pada anak-anak saya”
“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Rezeki anak-anak murah, kalau orang kata saya mewahkan anak-anak itu bukan kerana itu adalah rezeki buat anak-anak. Saya dapat duit dan saya bagi kepada mereka (anak-anak). Baju dia (Aidil) bertukar, baju anak-anak macam itu sahaja. Kalau pergi beli baju itu tak pernah terfikir ke anak-anak?”
“Itu anak dia bukan anak tiri, tempat tinggal anak, rumah sewa pun dia tak bagi, dan disebabkan perkara itulah saya ‘fight’. Sebab dia tinggal di tempat yang mewah-mewah, rumah besar, anak-anak terbiar. Saya buat semua benda ini kerana anak, kalau saya tidak ada anak dengan dia seperti perkahwinan saya yang dulu saya tidak kisah dan tak pernah menuntut apa-apa dan buat hal masing-masing, tetapi kali ini berbeza kerana saya mempunyai 2 orang anak bersamanya (Aidil). Apa gunanya ‘bin’ dia (Aidil)?,” soal Rita Rudaini lagi. (rtky/hfz)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...