Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 10 September 2014

Rita Rudaini Tuntut Hak Anak Sampai Dapat

10 Sepember 2014

rita rudaini tuntut hak anak sampai dapat
KUALA LUMPUR 4 SEPT 2014: Aktres jelita, Rita Rudaini tidak akan berputus asa untuk menuntut nafkah anaknya daripada bekas suami Mohd Aidil Zafuan yang kini dikatakan semakin tidak mempedulikan kebajikan kedua-dua anaknya itu.
Menurut Rita, Aidil perlu ingat yang kedua-dua anak yang dibawah jagaannya itu adalah anak kandungnya dan bukan anak tiri.
Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah berkahwin dengan wanita lain.
“Memang saya failkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta’ah sebanyak RM300,000. Kesian dekat anak-anak, saya nak jelaskan duit tuntutan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak saya yang semakin membesar, “ katanya dengan tegas yang ditemui Murai di Majlis Pelancaran Salute Malaysia Di UniKL.
Disebabkan tuntutan itu juga, Rita dituduh sebagai wanita yang gilakan duit dan tamak namun dengan ringkas dia menjelaskan, kalau dia gilakan duit dan harta sudah lama dia mencari mana-mana VIP atau pun ahli korporat yang berjaya untuk dijadikan suami tetapi dia tidak seperti itu.
“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak, dia tu (Aidil) duduk rumah besar yang sangat selesa, anak-anak entah dia terfikir ke tidak,” ujarnya.
Rita juga tidak pasti mengapa Aidil bersikap demikian, bukan niat Rita untuk menganggu kebahagiaan rumahtangga dia yang baru sahaja dibina. Tetapi Rita mohon tolonglah ingatlah pada anak-anak ini terutama Airit Qaqa Arjuna 3, yang Aidil tinggalkan ketika berusia 7 bulan dan Rayyan Rizqin yang kini berusia 5 tahun.
“Raya tahun ni, baju raya ke duit raya langsung tidak dihulur, raya tahun lepas adalah juga tapi bagi pada hari raya kelima, dah nak habis raya baru nak bagi, nak buat apa! Apa lagi saya boleh buat, dengan cara keadilan di mahkamah sahajalah yang mampu tolong saya dan anak-anak. Lagipun dalam kes penceraian saya ini memang bukan salah saya.”
Dalam perkembangan lain, Rita kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama disamping pelakon Siti Saleha dan Remy Ishak. Drama bersiri 14 episod itu akan ditayangkan di TV9 tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...