Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 12 Disember 2013

Ayu Raudhah Hamil Anak Kedua

13 Disember 2013



Nampaknya bukan Rozita Che Wan seorang sahaja yang diselubungi (poor choice of word) rasa kebahagian semalam, adiknya Ayu Raudhah turut memaklumkan berita gembira yang mana beliau kini sedang hamil anak kedua.
Bercakap kepada Media Hiburan, Ayu Raudhah berkata yang kandungan kedua beliau ketika ini berusia empat bulan & ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.
Tahniah buat pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha yang bakal menyambut orang baru dalam keluarga. Semoga semakin bahagia hendaknya. (rtky/eka)

(TAHNIAH)Ayu Raudhah Kini Hamil Anak Kedua

12 Disember 2013

Amboi. Patutlah Abang Nara nampak Ayu Raudhah makin berseri-seri semenjak kebelakangan ini. Seri ibu mengandung rupanya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita kehamilan anak kedua mereka. Semoga semakin murah rezeki mereka berdua dengan kehadiran cahaya mata baru ini.
ayu raudhah hamilBerita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh Ayu Raudhah kepada MediaHiburan ketika majlis pernikahan kakaknya, Rozita Che Wan. Menurut Ayu, kandungannya kini telah berusia 4 bulan. Nampak gaya sekitar bulan 5,6 nanti akan lahirlah permata hati kedua mereka. Anak pertama mereka iaitu Muhammad Aisy Qaiser telah dilahirkan Mac yang lalu.
ayu raudhah hamilSemoga kehamilan kali ini berjalan dengan lancar dan mudah buat Ayu Raudhah. Harap-harap dapat “baby girl” untuk melengkapkan sepasang. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar Ayu Raudhah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil
ayu raudhah hamil

Aidil Akui Masih Beri Nafkah

12 Disember 2013

aidil
Pemain bola sepak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 26, menafikan dia cuai dan gagal menyediakan nafkah untuk bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 37, serta dua anak lelaki mereka.
Dalam keterangan bertulisnya, Aidil menjelaskan sepanjang tempoh anak-anaknya tinggal bersama Rita Rudaini selaku plaintif sejak Januari 2012, dia memasukkan wang melalui akaun Maybank pelakon itu.
“Pada awalnya saya ada mengirimkan cek berjumlah RM3,000 yang diposkan secara pos berdaftar di alamat tempat tinggal plaintif di Kota Damansara, Petaling Jaya namun ia tidak dituntut dan cek dikembalikan,” katanya.
Bagaimanapun selepas mendapat nombor akaun Maybank Rita Rudaini, Aidil Zafuan berkata dia memasukkan duit nafkah ke dalam akaun plaintif. Selain itu Aidil  Zafuan mendakwa  plaintif sering menafikan haknya sebagai bapa untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Beliau selaku defendan berkata demikian pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, semalam.
Rita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anaknya,  merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Aidil Zafuan Nikah Mac 2014

12 Disember 2013

Aidil Zafuan

Menurut sumber yang diperolehi, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan.  Sumber tersebut turut  memberitahu bahawa kad kahwin juga akan diedarkan sedikit masa lagi. 
Bagi mendapatkan kepastian, MH telah bertanya sendiri dengan tuan punya badan. 
“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya. 
“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput.  Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu.  Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar. 
Wanita yang bakal dikahwini pula adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.  Ditanyakan mengenai perkara ini, Aidil sekadar memberitahu; “Tunggu kadnya ya,” ujarnya sambil ketawa.  

Rabu, 11 Disember 2013

Ayu Raudah Mengandung Anak Ke-2

12 Disember 2013

Ayu Raudah
Bertemu dengan Ayu Raudhah di majlis pernikahan kakaknya Rozita Che Wan semalam, Ayu telah berkongsi berita gembira dengan MH bahawa dirinya kini sedang hamil 4 bulan.  Ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.  
 

Khamis, 5 Disember 2013

Tuntutan Nafkah Rita RM5,392 Sebulan Tak Munasabah – Aidil

06 Disember 2013

Selama ini Abang Nara terdengar khabar angin yang menyatakan gaji Aidil Zafuan selaku pemain bola sepak JDT mencecah RM30,000. Rupa-rupanya hanya RM10,000 sahaja. Tersasar jauh nampaknya khabar angin tersebut. Patutlah Aidil menganggap tuntutan nafkah RM5,392 sebulan daripada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai tidak munasabah.
rita rudainiDi dalam tuntutannya, Rita Rudaini memohon belanja untuk 18 kotak susu, kos lampin pakai buang dan kos makanan untuk 2 orang anak mereka. Memberitahu tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah, Aidil berkata:-
Jumlah kos susu tidak logik kerana anak-anak sudah makan makanan pejal dan permintaan itu di luar perbelanjaan mereka. Kos lampin pakai buang juga saya tidak setuju kerana anak sudah pandai ke tandas terutama yang sulung.
rita dan aidilRita juga turut menuntut kos percutian, alat mainan dan kos sewa rumah sebanyak RM1,500. Selain itu, Rita juga ada memohon kos perubatan sebanyak RM200 setiap bulan. Aidil ternyata tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan ini. Terang Aidil:-
Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah. Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac 2012.
rita rudainiSecara jujur, RM5,392 ini memang masuk akal juga sebenarnya lebih-lebih lagi dengan harga susu formula dan lampin pakai buang yang semakin tinggi harganya. Walaupun anak sudah makan pejal, namun susu tetap harus diberikan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lagipun tuntutan tersebut termasuk bayaran rumah sewa yang bernilai RM1,500. Mungkin Aidil dan Rita boleh berbincang secara baik untuk menetapkan nafkah anak-anak mereka yang tidak membebankan kedua-dua belah pihak.

Aidil Zafuan: Rita Tuntut Nafkah RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah

05 Disember 2013

'

Menggunakan alasan hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain bola sepak, Aidil Zafuan mendakwa yang tuntutan nafkah dua orang anak bersama yang di’tuntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah & berlebihan.
Aidil Zafuan yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya — Airit Rayyan Rizqin & Airit Qaqa Arjuna.
Beliau juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang kerana anak anaknya sudah makan makanan pejal dan sudah pandai ke tandas sendiri terutama anak pertama.
“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah,” kata Aidil Zafuan.
Selebriti sukan ini turut menambah yang walaupun beliau mempunyai tanggungan ibu bapa, hutang peribadi dan keperluan sendiri namun beliau tidak pernah abaikan nafkah anak dengan memperuntukan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Namun menurut Aidil Zafuan, sebelum ini tidak pula Rita Rudaini mengadu atau memberi respons mengatakan wang yang di’berikan tidak mencukupi. (rtky/m)
#01 Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah - ROTIKAYA
SUMBER
 KOSMO!

Aidil Akui Masih Beri Nafkah

05 Disember 2013

aidil
Pemain bola sepak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 26, menafikan dia cuai dan gagal menyediakan nafkah untuk bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 37, serta dua anak lelaki mereka.
 
Dalam keterangan bertulisnya, Aidil menjelaskan sepanjang tempoh anak-anaknya tinggal bersama Rita Rudaini selaku plaintif sejak Januari 2012, dia memasukkan wang melalui akaun Maybank pelakon itu.
 
“Pada awalnya saya ada mengirimkan cek berjumlah RM3,000 yang diposkan secara pos berdaftar di alamat tempat tinggal plaintif di Kota Damansara, Petaling Jaya namun ia tidak dituntut dan cek dikembalikan,” katanya.
 
Bagaimanapun selepas mendapat nombor akaun Maybank Rita Rudaini, Aidil Zafuan berkata dia memasukkan duit nafkah ke dalam akaun plaintif. Selain itu Aidil  Zafuan mendakwa  plaintif sering menafikan haknya sebagai bapa untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
 
Beliau selaku defendan berkata demikian pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, semalam.
 
Rita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anaknya,  merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Tuntutan nafkah Rita RM5,392 sebulan tak munasabah - Aidil

05 Disember 2013


AIDIL ZAFUAN



PETALING JAYA - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak menganggap tuntutan nafkah dua orang anak mereka yang diminta bekas isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebanyak RM5,392 tidak munasabah sedangkan dia hanya memperoleh gaji RM10,000 sebulan.
Aidil, 26, yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut mendakwa jumlah yang diminta Rita, 37, melampaui perbelanjaan sebenar keperluan asas kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2mbwGvheX 
Hakcipta terpelihara 

Isnin, 2 Disember 2013

"Saya Dah Mula Rasa Sunyi..." - Aidil Zafuan

03 Disember 2013

Aidil Zafuan
Hakikat sebenar hanya saya yang tahu... - Aidil Zafuan
Aidil Zafuan Abdul Razak yang menjadi pilihan Maskulin bagi menghiasi wajah muka depan seakan memberi kesan penutup 2013. Mana mungkin ingatan penulis boleh lupa tentang kisah dirinya. Selama setahun ini, kisah hidupnya menjadi sebutan ramai baik soal peribadi mahu pun kerjaya. Mungkin untuk penghujung tahun ini, Aidil Zafuan sesuai bercakap mengenai pengalaman yang dilaluinya. Juga erti sebuah perhubungan dari aspek pandangan seorang lelaki. Mahukah anda mendengarnya?

Penulis masih ingat tatkala mengubungu jejaka kacak ini. Apa istimewanya dia? Itu soalan yang ditanya oleh Aidil kepada penulis apabila memintanya beraksi untuk majalah ini. Tiada jawapan khusus diberikan cuma penulis minta dia bercakap mengenai isu perhubungan. Mungkin jawapan selamat yang diberi penulis kepada Aidil membuatkannya setuju, mungkin juga ada sesuatu yang terbuku di hati untuk dirinya? Penulis sendiri tidak dapat mentafsirkan situasi ini. Apa yang pasti, persetujuan Aidil untuk bekerjasama dengan Maskulin, kami lihat sebagai tanda kemenangan.

Sehari selepas pasukan Malaysia menentang Bahrain, kami berkumpul di lokasi yang ditetapkan juga menjadi kegemaran pemain bola sepak ini iaitu laut. Menunggu kehadiran Aidil di Mayang Sari Resort & Hotel Port Dickson tidak meresahkan penulis. Apa tidaknya, dek kerana keindahan pantai yang dimiliki oleh resort ini begitu membuai fikiran penulis. Membuatkan diri tidak sedar dengan kedatangan figura yang ditunggu. Aidil hadir sendirian memandu kereta mewah yang dimiliknya sambil tersenyum ke arah kami semua.

TIDAK MENYESAL APA YANG TERJADI
Dunia sememangnya tidak akan lari dari perhubungan. Sama ada hubungan di tempat kerja, rakan-rakan, kekeluargaan mahupun hubungan cinta antara pasangan. Bercakap mengenai pasangan, lelaki dan wanita mempunyai tarikan yang berkemungkinan akan melahirkan perkara-perkara indah daripada perhubungan yang dicipta.

Tetapi untuk mencipta perhubungan indah yang diangankan oleh dua kaum ini, memerlukan pengorbanan yang spontan. Maksud penulis, apa peranan kita semua untuk mengejar erti kebahagiaan ini? Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mencari kebahagiaan itu, hubungan ini berkemungkinan besar bakal menempuh kegagalan.

MENARIK BULAN INI
Banyak perkara yang dikongsi jejaka kacak ini untuk edisi kali ini. Selain itu, antara kandungan menarik adalah Dilema Bujang Terlajak: Sengkek Atau Tolak Jodoh?, Panas! Kahwin Songsang Terang-Terangan, Orb Challlenges: Kegilaan Baru Menyeronokkan, 7 Idea Kurangkan Kos Kahwin, Ketahui Faktor Pengaruhi Kesuburan & Tip Saranan Pakar, 12 Fesyen & Gaya Hujung Tahun Perlu Cuba dan banyak lagi. Anda juga boleh menang set pencuci muka Men's Biore Double Scrub & Set Eksklusif Jabra Bluetooth Headset bernilai RM528. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Maskulin keluaran Disember 2013.

BTS MASKULIN DISEMBER 2013 - AIDIL ZAFUAN

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/lEtV_-y7i8Y" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

03 Disember 2013

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Sebelum ini, nama pemain bola sepak terkenal ini pernah menjadi bualan selepas dilanda kontroversi berhubung kes perceraian dan isu hak penjagaan anak bersama pelakon popular, Rita Rudaini.
Tak cukup dengan kekalahan pasukan bola sepak Malaysia, Aidil turut dihentam oleh peminat-peminat Rita Rudaini yang tidak berpuas hati dengannya. Kontroversi mereka mula reda apabila masing-masing mengambil langkah berdiam diri di laman sosial.
Namun begitu, baru-baru ini di laman Instagram Aidil, atlit negara ini dilihat kerap berkongsi beberapa keping fotonya bersama seorang wanita. Wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal itu sebelum ini pernah didakwa sebagai punca rumah tangga Aidil dan Rita retak.
Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Menerusi laman sosial Aidil, keduanya kelihatan selesa dan tidak kekok mengambil gambar bersama.
Walaupun Aidil tidak menulis sebarang caption di foto-foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikutnya telah mula menghidu kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.
Melalui respon peminat di ruang komen pula, pemain bola sepak itu tidak teragak-agak untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan padanya dan Zarema. Adakah ini satu tanda bahawa Aidil mengiakan hubungan mereka?
Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Antara komen-komen Aidil Zafuan bersama pengikut Instagram-nya
Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto selepas ini.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Aidil Zafuan pernah bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.

Aidil Zafuan Mula Kongsi Gambar Bersama Zarema Zainal

03 Disember 2013

Setelah selesai kes penceraiannya dengan Rita Rudaini, nampaknya Aidil Zafuan sudah mula “move on” dengan kehidupannya. Ini dapat dilihat apabila Aidil telah berkongsi gambarnya dengan seorang wanita yang dipercayai Zarema Zainal. Sebelum ini Zarema didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aidil dan Rita Rudaini dan pernah mendapat liputan meluas menerusi suratkhabar tempatan.
aidil zafuan dan zarema
Sekali pandang kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Aidil dan Zarema juga dilihat telah menghadiri majlis sambutan hari jadi Nedim Nazri bersama-sama. Nampak gayanya Aidil tidak lagi menyembunyikan hubungannya dengan Zarema. Satu langkah yang bijak pada pandangan Abang Nara.
aidil zafuan dan zarema
Secara umum masih tidak diketahui lagi sejauh mana hubungan mereka berdua. Adakah sekadar kawan atau sudah pun bergelar pasangan kekasih. Apa pun marilah kita doakan yang terbaik buat Aidil dan Zarema. Kalau memang bercinta, bolehlah segerakan perkahwinan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zaremaaidil zafuan dan zaremaaidil zafuan dan zarema

Jumaat, 29 November 2013

Rabu, 27 November 2013

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

28 November 2013

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Tidak dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini memiliki rupa paras yang semulajadi jelita tanpa memerlukan solekan tebal.
Namun dalam diam sebenarnya terdapat seorang peminat yang menyedari wajah Rita seakan mirip pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor.
Dan daripada apa yang OHBULAN! perhatikan, memang terdapat sedikit persamaan pada wajah kedua-duanya, terutama sekali di bahagian hidung dan mata.
Peminat tersebut merujuk kepada sekeping gambar terbaru yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram miliknya semalam.
Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?
Foto berkenaan merupakan salah satu isi kandungan majalah InTrend edisi Disember 2013 yang menampilkan ibu tunggal itu sebagai wajah muka hadapan.
Untuk makluman anda juga, penampilan Rita di dalam majalah tersebut kelihatan berbeza dan dari sinar matanya terserlah sisi kekuatan pelakon ini.
Menerusi InTrend edisi Disember juga, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi pengalaman hidupnya selepas mengalami perceraian dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Mungkin ini salah satu cara Rita untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih kuat daripada yang disangka.
Apapun, untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Rita yang menghiasi muka hadapan majalah InTrend untuk tatapan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...