Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Ayu Raudhah Mula Edar Kad Kahwin

10 Januari 2011


PETALING JAYA: Aktres jelita, Ayu Raudhah (gambar) akan mengedarkan kira-kira 300 keping kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat.
Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.
“Antara tetamu yang diundang termasuklah beberapa rakan artis tetapi mereka belum membuat pengesahan kerana faktor jarak yang agak jauh dari Kuala Lumpur,” katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.
Bercerita lanjut tentang persiapan menjelang perkahwinan, Ayu akui fikirannya agak runsing setelah memikirkan ada beberapa perkara yang belum diselesaikan.
Di tambah pula dengan jadual lakonan yang padat, dia terpaksa mencuri masa pada waktu malam untuk mencuba pakaian pengantin.
Katanya lagi, tunangnya, Zaquan juga sibuk dengan sesi latihan bola sepak. Jadi, sebab itu mereka sukar mencari masa luang bersama–sama.
Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.
Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober 2010 dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya'

1 Januari 2011


PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah teringin melihat tunangnya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyertai pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya, yang berjaya meraih gelaran juara buat kali pertama pada Piala AFF Suzuki yang diadakan do Jakarta, Indonesia, Rabu lalu.
Beritahu Ayu, walaupun Zaquan tidak dapat bersama pasukan tersebut untuk menumpaskan pasukan lawan kerana mengalami kecederaan, dia sekadar memberi sokongan dengan menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
"Memang terasa rugi pula bila Zaquan tiada dalam pasukan itu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki dia. Tambah pula dia perlu berehat lagi dua bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.
"Tapi kami tetap menyokong pasukan itu, sampaikan kami menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil bersama penonton-penonton lain. Bila pasukan kita menang, kami begitu teruja dan seronok kerana semangat mereka ketika bermain menentang pasukan lawan Indonesia begitu tinggi.
"Saya harap, pasukan bola sepak negara kita akan lebih maju dan kejayaan ini sebagai permulaan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke Piala Dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Sementara itu, persiapan perkahwinan pasangan tersebut telah pun siap hampir 70 peratus.
Ayu yang bakal bernikah dengan Zaquan pada 20 Januari ini di Alor Setar akan menerima sebanyak lapan dulang hantaran berbalas lapan. Majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.
"Alhamdulillah, semua persiapan perkahwinan diuruskan oleh kakak saya, Jaja. Majlis di pihak lelaki pula akan diadakan pada 30 Januari 2011 di Negeri Sembilan.
"Perasaan saya kini bercampur baur. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, bila nak tukar status dari bujang kepada isteri orang, pasti rasa janggal bukan.
"Insya-Allah, segala perancangan dibuat berjalan dengan lancar dan harap saya dapat menjadi isteri yang lebih baik. Mungkin selepas bergelar isteri, saya akan kurangkan kerjaya lakonan," katanya.

Aidil sahut cabaran Rajagobal

1 Januari 2011


PERTARUNGAN untuk merebut kesebelasan utama Harimau Malaya kini bermula apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal memanggil 24 pemain untuk menjalani sesi latihan pertama selepas menjulang Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu.
Sesi latihan bermula 2 Februari depan adalah persiapan awal bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun selain perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 9 Februari depan.

Antara pemain yang kembali tersenarai adalah bekas kapten kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (gambar) yang mengalami kecederaan sebelum ini sehingga tersisih daripada saingan Sukan Asia di China dan Piala Suzuki AFF.
“Saya kini sudah menjalani latihan seperti biasa dan bersedia untuk kembali menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun sedar saingan untuk berada di dalam kesebelasan utama bukanlah perkara yang mudah.

“Mahu atau tidak, saya perlu membuktikan kemampuan dan keupayaan kepada jurulatih bagi memastikan tempat di pertahanan tengah terjamin,” kata pemain Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu.

Mohd Aidil Zafuan sebelum ini menjadi pilihan utama untuk mengemudi pertahanan tengah namun kecederaan yang menimpanya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 ketika menentang Kelantan memaksanya berehat panjang.

Ketiadaannya itu menyebabkan Rajagobal terpaksa memikirkan alternatif apabila menggabungkan dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas di pertahanan tengah sehingga berjaya membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF untuk kali pertama selepas 14 tahun.

Selain Mohd Muslim dan Mohd Fadhli, Mohd Aidil Zafuan juga terpaksa bersaing dengan seorang pertahanan tengah Harimau Muda A, Mohd Faizal Muhammad yang turut mendapat perhatian Rajagobal.

“Walaupun lebih berpengalaman, saya tetap menghormati tiga pemain ini kerana corak permainan mereka di dalam padang adalah matang dan bagus,” katanya.

Dia juga tidak mempunyai masalah jika Rajagobal mahu mengekalkan perancang tengah Selangor, Mohd Safiq Rahim sebagai kapten.

“Terserah kepada jurulatih, namun apa yang penting adalah persefahaman antara pemain dan saya tetap akan bersuara seperti sebelum ini,” katanya.

Rajagobal turut memanggil enam pemain lain yang tidak beraksi di Piala Suzuki AFF seperti Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Azmi Muslim, S Chanthuru, G Mahathevan dan Shahrizal Mohd Saad.

Aidil Mahu Haknya Sebagai Bapa Terjamin!

15 Disember 2010


Rebutlah Peluang Jadi Penyanyi Dalam Satu-Satunya!

15 DIS 2010: Susah Murai Batu nak memulakan cerita kali ini. Yelah bimbang juga akan ada hati yang terluka. Tapi nak tak nak Murai Batu titipkan juga cerita baru yang sampai ke telinga ini.

Rasanya seantero dunia sudah mengetahui tindakan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan, yang telah membuat tindakan untuk dua tuntutan terhadap isterinya yang juga aktres jelita, Rita Rudaini.

Antaranya tuntutan yang dibuat Aidil terhadap isterinya ialah hak penjagaan terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan perintah isteri kembali taat (nusyuz).

Setelah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, pelbagai cerita kurang enak yang keluar dari pelbagai pihak. Ada yang cakap Aidil buat macam itu sebab kena hasut dengan family dia, ada yang kata kena hasut dengan kawan-kawan, dan macam-macam lagi.

Naik pening lalat Murai Batu dengan cerita daripada informer-informer Murai Batu. Tapi hakikatnya apa yang dilakukan oleh Aidil adalah datangnya dari hatinya sendiri. Tak ada hasutan ataupun desakan dari mana-mana pihak. Kata pun dah berumur 23 tahun pastinya dia mampu berfikiran secara waraskan.

Ini diakui sendiri oleh peguamnya, Noor Ariff Delia Ramli. Jelas Noor Ariff, segala tindakan yang dibuat oleh Aidil itu sememangnya datangnya dari Aidil sendiri dan ia dilakukan bersebab. Sebabnya Aidil mahu memastikan haknya sebagai bapa tidak diabaikan atau tersisih.

Malah kata peguamnya lagi, semua itu bukan dilakukan untuk menghangatkan lagi suasana rumahtangganya yang sedang menggelegak, sebaliknya ia adalah sebagai salah satu usahanya untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumahtangganya.

Susahlah Murai Batu nak cakap, tapi harapan Murai Batu biarlah Aidil dan Rita duduk bersemuka dan berbincang sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian agar rumahtangga yang baru berusia dua tahun itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Lagipun Rita sekarang pun sedang hamil anak kedua pastinya tak elok jika sering murung atau susah hati nanti terganggu pula kandungannya kelak.

Zaquan-Ayu Selamat Diijab Kabul

21 Januari 2011

Jang Hyuk Tak Tercabar Dengan Bintang K-Pop

ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.

Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.

Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.

Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan.

Zaquan yang ditemui selepas majlis akad nikah memberitahu, dia masih merasakan debarannya bagaimanapun gembira apabila segala yang diimpikannya kini telah menjadi kenyataan.

"Perasaan saya bercampur aduk, masih berdebar tapi pada masa yang sama gembira. Selama ini pun, perasaan saya ketika beraksi di atas padang sentiasa berdebar, namun debaran yang saya rasakan kali ini sangat berlainan dan impaknya lebih.

"Kegembiraan juga berlainan seperti ketika menjaringkan gol. Kegembiraan saya sekarang adalah ibarat satu kejayaan paling indah dalam hidup saya untuk bergelar suami," jelas penyerang pasukan bola sepak Negeri Sembilan ini.

Sementara itu jelas Ayu Raudhah pula, tiada yang lebih gembira selain dapat bergelar isteri kepada bintang bola sepak kebangsaan yang dicintainya itu.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya harap dengan perkahwinan ini dapat membimbing untuk menjadi seorang perempuan yang lebih bertanggungjawab dan menjadikan saya seorang isteri yang solehah.

Turut hadir dalam majlis akad nikah ini ialah kakak pengantin perempuan, aktres Rozita Che Wan serta abang ipar Ayu, Mazlan Pet Pet.

Sementara Zaquan ditemani kedua ibu bapa serta kembarnya, Aidil Zafuan. Aidil bagaimanapun datang sendirian tanpa ditemani isteri, Rita Rudaini.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini, di Taman Mawar, Alor Setar Kedah manakala bagi pihak sebelah lelaki pada 30 Januari ini di Paroi, Negeri Sembilan.

Portal murai.com.my ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua merpelai, semoga berbahagia ke akhir hayat.

Rabu, 19 Januari 2011

Zaquan tak sabar bantu Negeri Sembilan

20 Januari 2011


PENYERANG sensasi Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (gambar), yang masih bergelut memulihkan kecederaan lututnya, yakin dapat diturunkan dalam kesebelasan utama lebih awal bagi menggalas cabaran Liga Malaysia, bermula 29 Januari ini
.
Ini berikutan kecederaan dialaminya ketika menggalas cabaran pasukan kebangsaan pada Sukan Asia tahun lalu itu dijangka tidak mengambil masa terlalu lama untuk pulih.

“Setakat ini kecederaan itu semakin pulih, malah saya sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan berharap dapat beraksi lebih awal daripada dijangka, iaitu Mac ini.
“Buat permulaan, tumpuan saya terarah kepada membantu Negeri Sembilan sebelum berusaha mendapat tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia teruja dengan kejayaan rakan-rakan ketika menjuarai Piala AFF dan akan berusaha merebut kembali posisinya selaku penyerang kebangsaan.

Katanya, Negeri Sembilan yang dibarisi ramai pemain kebangsaan dan berpengalaman mampu menjadi pencabar musim ini dan sasaran ditetap pengurusan pasukan untuk mempertahankan trofi Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia, mampu direalisasikan.

“Bagaimanapun, ia memerlukan komitmen dan kerjasama berpasukan yang tinggi. Saya yakin dengan adanya pemain berpengalaman seperti Mohd Farizal Marlias, Shukor Adan, Idris Karim, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan Norhafiz Zamani Misbah, matlamat itu akan berhasil,” katanya.

Mengulas mengenai majlis menamatkan zaman bujangnya dengan artis popular Ayu Raudhah Che Wan, pemain berusia 23 tahun itu berkata, ia tidak akan mengganggu tumpuan untuk terus maju dan cemerlang sebagai pemain bola sepak.

Sebaliknya, dia yakin ikatan perkahwinan akan termeterai minggu ini menambahkan lagi semangat dan motivasi untuk terus berusaha ke arah membantu pasukan kebangsaan dan Negeri Sembilan mencapai kejayaan.

“Saya yakin perkahwinan itu tidak akan menjejaskan tumpuan kerana dia (Ayu Raudhah) amat memahami kerjaya saya yang membuatkan saya amat menyenanginya.

Zaquan, Ayu diijab kabul Jumaat

19 Januari 2011


AYU Raudhah   memberi sokongan kepada Zaquan (gambar kanan)  ketika perlawanan  persahabatan Malaysia bertemu Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.
AYU Raudhah memberi sokongan kepada Zaquan (gambar kanan) ketika perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.
Akui keserasian hubungan kerana pelakon itu faham karier pemain bola sepak 

PEMAIN bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak bakal menamatkan zaman bujangnya dengan artis terkenal, Ayu Raudhah, apabila kedua-duanya bakal disatukan di Alor Star, Kedah, Jumaat ini.


Mohd Zaquan Adha, 23, berkata majlis akad nikah dijadualkan berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah selepas solat Jumaat, manakala majlis resepsi pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


Beliau berkata, majlis di pihak lelaki diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Seremban, pada 30 Januari yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan. 

“Sebanyak 500 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan, tetapi kami menyediakan makanan untuk kira-kira 1,500 tetamu. 

“Saya berharap dan berdoa supaya segala yang dirancang berjalan lancar dan selamat kerana ia hari penting dan detik bersejarah buat saya,” katanya, semalam. 

Mohd Zaquan Adha menamatkan desas desus sebelum ini mengenai hubungannya dengan pelakon popular apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober, tahun lalu. 
Pemain penyerang itu mengakui keserasian hubungan mereka berdua kerana Ayu Raudhah, 26, bukan saja memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah pelakon jelita itu sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa. 


Zaquan, Ayu nikah Jumaat

19 Januari 2011


SEREMBAN: Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.

“Kira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.

“Saya berdoa agar semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar kerana ia hari paling penting dan detik bersejarah bagi diri saya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Difahamkan, sebelum majlis akad nikah Jumaat ini, majlis berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada malam esok.

Mohd Zaquan berkata, keserasian hubungannya dengan Ayu Raudhah bukan disebabkan bakal isterinya itu memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk terus berjaya hingga ke persada antarabangsa.

“Perkahwinan ini dan sokongan padu bakal isteri dijadikan sumber motivasi saya untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak tambahan pula selepas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.

“Saya yakin ia tidak menjejaskan tumpuan saya kerana dia (Ayu) amat memahami kerjaya saya,” katanya.

Mohd Zaquan adalah pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan, juga pemain bola sepak kebangsaan yang sebelum ini berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Sementara itu, bapa Mohd Zaquan, Abd Radzak Salleh, 61, berkata, pihaknya hanya membuat majlis sederhana dengan menjemput saudara-mara dan rakan anak lelakinya.

“Namun, sebagai seorang bapa, saya tetap berharap majlis berkenaan berjalan dengan lancar dan meriah. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.

Isnin, 17 Januari 2011

Bakal Nikah Jumaat ini, Ayu Raudah Semakin Berdebar

17 Januari 2011 (Mangga Online




Tidak sampai lima hari lagi, pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular di gelar, Ayu Raudah ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Zaquan Adha Abdul Razak.
Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairy tale, dan ia di tatarias oleh kakaknya sendiri iaitu, Jaja.
Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan dan Qudyn Kuala Lumpur di malam berinai.
Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini.
"Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.

"Persiapan di Alor Setar sudah pun siap sepenuhnya, tinggal menanti kepulangan saya sahaja. kalau ikutkan, memang saya sudah mula bercuti sejak beberapa hari lepas, tapi banyak perkara perlu di siapkan sebelum saya berangkat pulang ke Kedah esok (selasa).
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang.
Tiada Bulan Madu

AYU DAN ZAQUAN AKHIRNYA BERSATU
Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Ayu akur apabila terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk berbulan madu kerana kesibukkan Zaquan selapas majlis perkahwinan mereka nanti.
"Selepas berkahwin Zaquan akan kembali berlatih bersama skuad bola sepaknya, jadi terpaksa tangguhkan dahulu apa-apa perancangan tentang berbulan madu.
"Disebabkan Zaquan sudah mula sibuk dengan latihan, jadi saya ambil keputusan untuk tidak bercuti lama, dan menyambung kembali tugas-tugas di Kuala Lumpur.
"Tentang lakonan, saya masih tidak merancang untuk menghadkan masa berlakon. Tetapi sekiranya Zaquan bercuti, saya akan cuba membahagikan masa untuk bersamanya dan kalau boleh dielakkan, mungkin saya tidak lagi mengambil tawaran lakonan di luar daripada kawasan Kuala Lumpur,"jelas Ayu yang akan menetap di rumah milik Zaquan di Seremban, selepas berkahwin nanti.

Mahu Anak Secepat Mungkin
Biarpun dia akur bila dikatakan akan jarang berjumpa suaminya kerana faktor kesibukkan Zaquan di tempat latihan dan perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung, jelas Ayu dia akan tetap menyokong suaminya. Mahu memiliki cahaya mata seawal yang boleh, menurut Ayu juga dia sudah bersedia dari segi zahir dan batin untuk bergelar isteri kepada Zaquan Adha ini.
"Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Zaquan terlalu sibuk dengan tugasnya, kerana sebelum ini sekalipun saya memang jarang bertemunya jika dia ada latihan.
"Insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga keharmonian ruamh tangga kami. Tentang anak pula, antara saya dan Zaquan, tiada apa-apa perancangan, cuma jika boleh biarlah rezeki itu datang awal,"jelas Ayu.

Menteri Besar Di Undang Rai Perkahwinan Zaquan & Ayu Raudhah

17 Januari 2011


Abdul Radzak Salleh
PETALING JAYA:Abd. Radzak Salleh, 61, bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, 24, akan mengundang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat sempena majlis resepsi sebelah lelaki perkahwinan anaknya dengan pelakon Ayu Raudhah, pada 30 Januari ini.
Selain itu Abd. Radzak juga akan turut menjemput jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal menyerikan majlis berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan itu.
"Selain dua tetamu istimewa itu, Zaquan juga ada mengundang rakan-rakan sepasukannya bagi meraikan hari bahagia perkahwinan berkenaan," ujarnyaketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Zaquan Adha
Pasangan selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Zaquan Adha merupakan kembar kepada Aidil Zafuan yang juga berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini Mokhtar.
Ditanya adakah Rita Rudaini yang pernah mempunyai konflik dengan keluarganya sebelum ini turut di undang ke majlis tersebut, Abdul Radzak berkata dia menjemput kesemua ahli keluarga tersebut termasuklah menantunya itu.
Ayu Raudhah
"Ini merupakan majlis keluarga sudah tentu saya berharap semua ahli keluarga akan hadir ke majlis bahagia itu termasuklah Rita Rudaini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai orang tua dia berharap anak-anaknya bahagia dengan pilihan pasangan hidup masing-masing.
"Artis atau bukan pada saya sama sahaja. Itu adalah jodoh mereka. Sebagai bapa saya hanya merestui dan berdoa agar mereka bahagia," katanya.

Ahad, 16 Januari 2011

Tidak ragu cinta Zaquan

16 Januari 2011


pix_gal0
Ayu Raudhah semakin sibuk membuat persiapan menjelang majlis pernikahan pada 21 Januari 

BELUM lagi bernikah, inai di jari Ayu Raudhah, 26, sudah pun merah. Malah ketika, dia hadir bertemu B*POP untuk menyerahkan kad jemputan kahwin baru-baru ini, warna inai di jarinya masih melekat dan mula terhakis. Tapi jangan salah faham pula, memakai inai itu bukan atas alasan seperti sesi mencuba pakaian bersama pereka fesyen.
Sebaliknya, sejak 17 Disember tahun lalu, jarinya sudah dipakaikan inai demi tuntutan watak dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki. Selain Ayu, filem itu turut dilakonkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran. Filem itu menjadi filem ketiga (selepas 4 Madu dan Nur Kasih) lakonan Ayu Raudhah yang menampilkannya sebagai antara teraju utama.
Dalam kesibukannya menamatkan penggambaran filem terbabit, kepalanya turut serabut memikir dan melunaskan persiapan menjelang hari bahagianya dengan arjuna hati pilihannya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, pada 21 Januari ini. Majlis merisik sekali gus pertunangan diadakan 17 Oktober tahun lalu.

Malah dek kesibukan masing-masing, Ayu memberitahu mereka tidak sempat bergambar bersama menjelang perkahwinan. Yang jelas, berat badan Ayu juga semakin susut. Wajahnya juga semakin berseri. Tapi itu bukan berita buruk buatnya kerana makin langsing badannya, maka itu peluangnya untuk melaram cantik di hari bahagia kelak.

“Macam tak percaya pun ada, Ayu sudah nak kahwin. Tapi, alhamdulillah segala persiapan yang dibuat berjalan teratur seperti yang dirancang. Ayu tak harap pun majlis kahwin nanti jadi Wedding Of The Year. Cukuplah, ia berlangsung dengan lancar. Ayu bersyukur kakak, Rahaiza Che Wan (Jaja) menjadi nadi utama sebagai perancang perkahwinan.

“Kakak Jajalah yang bakal merealisasikan impian dan konsep perkahwinan idaman Ayu. Macam Ayu cakap sebelum ini, Ayu memilih konsep dalam taman. Tapi itu tak bererti Ayu lepas tangan. Ahli keluarga yang lain pun banyak membantu. Tak hairanlah kalau Ayu sampai susut badan sebab tertekan menguruskan persiapan ini. Tapi semuanya berbaloi. Insya-Allah,” katanya yang merahsiakan jumlah wang hantaran majlis perkahwinan.
Ditanya mengenai bakal suaminya, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan itu menjelaskan tiada sangsi di hatinya untuk bergelar isteri kepada Zaquan. Malah Ayu tanpa berselindung memberitahu, ada yang mempersoalkan kenapa dia memilih pemain bola sepak dan bukannya lelaki kaya yang sering dikaitkan dengan golongan selebriti sepertinya.

“Tapi Ayu cinta apa yang Ayu suka. Kalau Ayu suka dan cintakan seseorang, Ayu sanggup buat apa saja demi mencapai kebahagiaan bersamanya. Ayu selesa bersamanya dan yakin boleh hidup bersama. Dua minggu kami berkenalan, Ayu nampak keikhlasan dan kesungguhannya untuk mencuri hati Ayu. Dia sangat serius.

“Ayu nampak usahanya. Ayu juga nampak dia boleh bertanggung jawab terhadap Ayu. Soal kaya atau tidak itu, rezeki masing-masing. Wang ringgit tidak mampu mengaburi cinta Ayu terhadap dia. Wang ringgit pun bukan jaminan 100 peratus untuk bahagia. Tuhan boleh tarik nikmat kaya seseorang bila-bila masa saja,” katanya tulus.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut menjelaskan perkahwinan bukan noktah baginya menamatkan kerjaya seni. Malah, bakal suaminya itu pun tidak sesekali akan menghalang dirinya untuk terus berlakon.

“Bulan depan, Ayu ada mendapat tawaran daripada Zeel Production untuk menjalani penggambaran drama di Perlis. Dia (Zaquan) izinkan Ayu menerimanya. Cuma Ayu sendiri masih belum memberi kata putus dan pertimbangan sama ada nak buat atau tidak,” katanya.

Mengenai bulan madu, Ayu berkata, Zaquan masih terikat dengan komitmen latihan dan rawatan yang perlu diikuti. Jadi, selepas berkahwin nanti, dia perlu bertolak ansur dalam hal ini sekali pun terpaksa melambatkan tarikh berbulan madu.

“Kalau boleh, Ayu nak ‘paksa’ dia ambil cuti untuk berbulan madu lepas kahwin. Kalau ikut keinginan hati, Ayu nak berbulan madu di pulau. Tak kiralah, pulau di dalam negeri mahupun luar negara. Tengok keadaan macam mana,” katanya yang teringin menjejaki Hawaii.

Sebelum mengakhiri bicara, Ayu tidak ketinggalan diaju mengenai perancangan menimang anak. Baginya, dia tidak kisah menerima rezeki yang ditentukan Tuhan.

“Ikutkan sekarang ini pun kami sudah mempunyai anak. Tapi anak keralah.
Namanya Kyky. Ayu dan Zaquan selalu berkongsi giliran menjaganya. Jangan tidak tahu, Kyky pun popular. Pernah Ayu bawa dia berjalan, ramai pula yang nak bergambar dengannya,” kata Ayu sebelum beredar.

INFO:



  • Pada hari bersejarahnya nanti yang akan diadakan di negeri kelahirannya, Alor Setar, Kedah, pasangan sama cantik sama padan ini akan mengenakan rekaan Qudyn Kuala Lumpur untuk malam majlis berinai pada 20 Januari. Keesokan harinya, untuk majlis pernikahan di Masjid Sultanah Bahiyah, pereka Man Kajang dipertanggungjawabkan menyediakan busana. 




  • Majlis pernikahan dijangka diadakan sebelum waktu Asar dan disusuli dengan majlis persandingan yang turut diadakan di kediaman keluarganya di sana. Bagi acara persandingan, pereka Rizman Ruzaini diberi mandat untuk itu. Manakala untuk majlis bertandang di Seremban pada 30 Januari, Calvin Thoo diberi kepercayaan. 




  • Mas kahwin yang diberikan bakal pengantin lelaki berjumlah RM1,888. Dulang pula, sebanyak tujuh berbalas sembilan. Untuk semua majlis Ayu di Kedah, jurusolek Amy Janz akan menyerlahkan sentuhannya. Manakala Deq Sha pula untuk majlis bertandang. 





  • Jumaat, 14 Januari 2011

    Kad Kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Mula Diedar

    15 Januari 2011


    Inilah kad undangan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang sudah diedarkan kepada pihak media sejak Selasa lalu.
    PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
    Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.
    Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu.
    MStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.
    Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.
    Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan

    Aidil sahut cabaran Rajagobal

    14 Januari 2011


    PERTARUNGAN untuk merebut kesebelasan utama Harimau Malaya kini bermula apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal memanggil 24 pemain untuk menjalani sesi latihan pertama selepas menjulang Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu.
    Sesi latihan bermula 2 Februari depan adalah persiapan awal bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun selain perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 9 Februari depan.

    Antara pemain yang kembali tersenarai adalah bekas kapten kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (gambar) yang mengalami kecederaan sebelum ini sehingga tersisih daripada saingan Sukan Asia di China dan Piala Suzuki AFF.
    “Saya kini sudah menjalani latihan seperti biasa dan bersedia untuk kembali menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun sedar saingan untuk berada di dalam kesebelasan utama bukanlah perkara yang mudah.

    “Mahu atau tidak, saya perlu membuktikan kemampuan dan keupayaan kepada jurulatih bagi memastikan tempat di pertahanan tengah terjamin,” kata pemain Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu.

    Mohd Aidil Zafuan sebelum ini menjadi pilihan utama untuk mengemudi pertahanan tengah namun kecederaan yang menimpanya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 ketika menentang Kelantan memaksanya berehat panjang.

    Ketiadaannya itu menyebabkan Rajagobal terpaksa memikirkan alternatif apabila menggabungkan dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas di pertahanan tengah sehingga berjaya membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF untuk kali pertama selepas 14 tahun.

    Selain Mohd Muslim dan Mohd Fadhli, Mohd Aidil Zafuan juga terpaksa bersaing dengan seorang pertahanan tengah Harimau Muda A, Mohd Faizal Muhammad yang turut mendapat perhatian Rajagobal.

    “Walaupun lebih berpengalaman, saya tetap menghormati tiga pemain ini kerana corak permainan mereka di dalam padang adalah matang dan bagus,” katanya.

    Dia juga tidak mempunyai masalah jika Rajagobal mahu mengekalkan perancang tengah Selangor, Mohd Safiq Rahim sebagai kapten.

    “Terserah kepada jurulatih, namun apa yang penting adalah persefahaman antara pemain dan saya tetap akan bersuara seperti sebelum ini,” katanya.

    Rajagobal turut memanggil enam pemain lain yang tidak beraksi di Piala Suzuki AFF seperti Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Azmi Muslim, S Chanthuru, G Mahathevan dan Shahrizal Mohd Saad.

    Jumaat, 7 Januari 2011

    Ganjaran keterlaluan?

    08 Januari 2011


    KUALA LUMPUR - Pemerhati sukan bola sepak tanah air memberikan pelbagai reaksi berhubung limpahan ganjaran buat pemain skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF, baru-baru ini, dengan ada yang menyifatkan mereka berhak menerimanya. Tidak kurang yang menganggap ada bentuk imbuhan agak keterlaluan.

    Mereka berpendapat, memang masa yang tepat untuk memberikan habuan ribuan ringgit kepada anak buah K. Rajagobal, tetapi tidak perlu sehingga melibatkan pemberian berupa tanah atau rumah, mahupun pingat kebesaran.
    Ia dikhuatiri ada pemainnya yang masih berusia awal 20-an, terlalu mudah berpuas hati atau terus hanyut dibuai kejayaan di peringkat Asia Tenggara itu.

    Pemerhati bola sepak ini turut mengingatkan skuad K. Rajagobal bahawa masih ada empat tahap lebih tinggi yang perlu diburu selepas ini, Piala Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

    Bagi mereka, Piala Suzuki AFF hanyalah sebuah trofi yang akhirnya tidaklah sebesar mana, selagi satu persatu daripada keempat-empat tahap berkenaan tidak dicapai, sekali gus tidak mampu menandingi tanda aras tertinggi generasi sebelum mereka yang pernah mara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980.

    Kata pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar: "Ganjaran ini memang perlu, biarlah pemain bola sepak negara kaya-raya hasil kejayaan di peringkat antarabangsa, walaupun bukan Piala Dunia. Apa salahnya penat lelah mereka dibalas setelah berjaya membuatkan rakyat kita bergembira sehingga seluruh negara diberi cuti?

    "Dengan ganjaran besar, maka bermulanya minat ibu bapa dalam menyemaikan anak-anak mereka dengan bola sepak dan terus meyakinkan golongan ini bahawa sukan mampu menjamin masa depan,''kata bekas pemain negara dan Selangor pada era 80-an hingga 90-an ini.

    Bagi legenda bahagian tengah negara yang mara ke Olimpik 1980, Shukor Salleh, "ganjaran buat mereka memang wajar kerana sudah lama kita tidak dapat kejayaan yang sebesar itu. Walaupun sekadar di peringkat Asia Tenggara, ada bagusnya kejayaan mereka dihargai dengan pelbagai bentuk termasuk tanah. Mungkin jika semata-mata diberi wang, mudah dan cepat pula habis begitu sahaja tetapi dengan tanah atau rumah, ada juga kenangan pada masa depan mereka.

    "Zaman sudah berubah walaupun ketika saya bermain dan layak ke Olimpik, kami cuma dihadiahkan jam. Saya mengerti ketika itu penaja tidak seperti sekarang, malah sokongan dan penghargaan kerajaan negeri tidak begitu kuat dan menggalakkan. Bagi kami ketika itu, penghargaan dan ganjaran sebenarnya ialah apabila diberi peluang menyarung jersi negara pun sudah memadai.

    "Kami tidak berkira sangat namun saya tidak mempertikaikan apa yang pemain sekarang dapat. Apabila kami bermain untuk Malaysia di luar negara terasa macam menjadi diplomat atau duta kerana membawa nama negara dan bermain demi semangat kenegaraan," katanya.

    Kata blogger sukan terkenal yang juga bekas wartawan sukan sebuah tabloid berbahasa Inggeris, Rizal Hashim, "sekadar menghargai kejayaan pasukan dengan wang sudah memadai tetapi bukan sehingga mereka diberikan tanah atau rumah mahupun bintang yang mungkin membawa sesuatu gelaran kebesaran. Kejayaan ini tidak boleh dibandingkan dengan Piala Thomas (badminton) 1992 apabila ada pemain yang dapat tanah kerana ia sudah bertaraf dunia.

    "Bagi bola sepak, kita menagih kejayaan yang lebih besar, di Asia, Olimpik dan Piala Dunia dan sekiranya pasukan kita berjaya ke tahap itu, barulah ganjaran yang selain wang itu boleh dipertimbangkan," katanya.

    Bagi pengulas sukan RTM yang terkenal dengan slogan, "Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih" - Hafizal Hamad, "tidak kira apa juga bentuknya - wang, tanah atau rumah, skuad juara Piala Suzuki AFF ini berhak menerimanya kerana sudah memberikan segala-galanya untuk memastikan kejayaan yang sekian lama ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

    "Namun jangan sesekali hanyut dengan kejayaan di peringkat Asia Tenggara. Ia masih bukan penanda aras yang besar tetapi boleh dianggap macam batu loncatan untuk kita mara sejauh Piala Asia, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Ayuh kita mencontohi kejayaan konsisten Thailand sebelum ini dan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), pantaulah selalu skuad ini," katanya.

    Isnin, 3 Januari 2011

    'Harimau Malaya' sudah sebati

    04 Januari 2011

    Ahmad Shabery tegaskan ia jadi ikon pasukan kebangsaan pada jersi atlit 

    PENGGUNAAN lambang Harimau Malaya dan gelaran haiwan itu yang diberikan kepada pasukan bola sepak negara tidak ada sangkut paut dengan semangat Tanah Melayu (Malaya) tetapi ia diambil bersempena semangat Harimau Malaya atau Malayan Tiger atau nama saintifiknya (panthera tigris malayensis) yang digunakan sejak sekian lama termasuk pada jata negara dan logo pelbagai agensi dan institusi.
    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata lambang spesis Harimau Malaya sudah digunakan pasukan bola sepak negara dan tidak seharusnya ia menjadi isu kerana ia merujuk kepada spesis Harimau Malaya yang sifatnya penuh dengan semangat keberanian.
    “Saya cuba tekankan bahawa lambang yang menjadi ikon kepada pasukan kebangsaan pada jersi dan pakaian rasmi ahli sukan terdapat belang harimau dari spesis Harimau Malaya. 

    “Jadi kalau kita rujuk dalam ensiklopedia mahupun wikipedia, nama yang digunakan adalah nama saintifik, begitu juga dengan Harimau Bengal atau Harimau Sumatera, mahupun kucing Parsi atau kucing Siam, tidak semestinya hanya orang Parsi atau orang Siam saja yang boleh memeliharanya. 

    “Kebetulan Harimau Malaya itu hanya ditemui di Semenanjung dan tidak terdapat di Borneo dan asas digunakan adalah sifat berani, corak belang serta habitatnya sebagai asas penilaian,” katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Pengakap Malaysia ke Persidangan Pengakap Antarabangsa di Brazil, di pejabatnya, semalam. 

    Ahmad Shabery mengulas laporan berhubung kenyataan beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia. 
    Menurutnya, lambang dan nama Harimau Malaya jelas semata-mata simbol dan perlu dikekalkan, namun pihaknya tidak menolak mana-mana cadangan yang mahu namanya ditukar bagi memastikan ia berperanan melambangkan kesepaduan masyarakat Malaysia. 

    “Bagaimanapun, jika mahu nama yang menjadi simbol ikon bola sepak itu ditukar maka kita terpaksalah melupakan spesis berkenaan dan jika mahu ia dikaitkan dengan nama pasukan bola sepak, kita lupakan belang yang ada dan kita lupakan ciri-ciri makhluk yang digelar Harimau Malaya. 

    “Kita boleh panggil pasukan bola sepak kita pasukan Harimau Malaysia tetapi tidak boleh dikaitkan dengan spesis Harimau Malaya kerana Harimau Malaysia memang tidak wujud,” katanya. 

    Menteri sedia kaji tukar nama Harimau Malaya

    04 Januari 2011


    PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan bersedia mendengar pandangan orang ramai mengenai cadangan untuk menukar gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak kebangsaan kepada Harimau Malaysia, yang dikatakan lebih mencerminkan konsep 1Malaysia.

    Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pertukaran nama gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia, bagaimanapun bermakna rakyat perlu melupakan analogi di antara pasukan negara dengan spesies Harimau Malaya, yang terkenal dengan sifat keberaniannya.

    ''Sekiranya ada orang yang mahu tukar nama kepada Harimau Malaysia, maka kita perlu lupa perkaitan pasukan kita dengan sebarang spesies binatang, kerana tidak terdapat spesies Harimau Malaysia di dunia.

    ''Saya bersifat terbuka dan jika pertukaran gelaran ini dapat membakar semangat 1Malaysia dan menyatukan rakyat, kita boleh lakukannya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Sedunia di Brazil pada 9 hingga 14 Januari ini.

    Sebuah akhbar tempatan melaporkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah meminta gelaran Harimau Malaya diubah kepada Harimau Malaysia, bagi mencerminkan semangat 1Malaysia serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

    Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, Indonesia menggunakan gelaran Garuda untuk pasukan bola sepak mereka, walaupun gelaran itu tidak melambangkan spesies binatang dalam dunia nyata.

    ''Garuda bukan sejenis binatang tetapi ia merupakan burung mitos dalam penulisan Sanskrit yang tidak pernah wujud," katanya.

    Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu beremosi apabila menyentuh mengenai penggunaan gelaran Harimau Malaya.

    ''Penggunaan gelaran Harimau Malaya seperti juga dengan penggunaan gelaran Seladang, ia tidak melambangkan kawasan geografi, tetapi melambangkan sifat positif haiwan itu.

    ''Penggunaan gelaran Harimau Bengal dan Harimau Sumatera masing-masing di India dan Indonesia juga tidak terhad kepada wilayah tertentu," katanya.

    Kaji dulu tawaran kelab luar

    04 Januari 2011



    NORSHAHRUL (kanan) antara pemain yang turut dipancing kelab Indonesia.


    MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengi- ngatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawa- ran yang dapat meningkatkan kece- merlangan mereka.
    Beliau berpendapat, tawaran pasukan hebat seperti dari Korea Sela- tan dan Jepun wajar diterima kerana langkah itu mampu meningkat- kan prestasi pemain terbabit.
    "Saya yakin dalam membuat keputusan nanti, pemain negara mampu membuat penilaian yang sewajar- nya dan tidak ghairah dengan tawa- ran lumayan yang diterima," kata- nya semalam.
    Beliau berkata demikian ketika di- minta mengulas mengenai beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilaporkan menjadi buruan kelab Indonesia setelah skuad negara berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010.
    Sebelum itu, Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada delegasi pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Dunia di Brazil.
    Sementara itu, Presiden Pasukan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh pula menasi- hatkan pemain kebangsaan agar tidak terlalu ghairah dengan tawaran hingga menjadikan 'anak tinggalkan ayah' dan melupakan sumbangan pasukan negeri masing-masing serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
    "Jika ada pemain yang ingin berhijrah atas faktor bayaran tinggi, mereka tidak dapat belajar apa-apa yang baru di sana dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menunggu bintang beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.
    Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih.
    "Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini," katanya. - Bernama
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...