Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 16 Januari 2011

Tidak ragu cinta Zaquan

16 Januari 2011


pix_gal0
Ayu Raudhah semakin sibuk membuat persiapan menjelang majlis pernikahan pada 21 Januari 

BELUM lagi bernikah, inai di jari Ayu Raudhah, 26, sudah pun merah. Malah ketika, dia hadir bertemu B*POP untuk menyerahkan kad jemputan kahwin baru-baru ini, warna inai di jarinya masih melekat dan mula terhakis. Tapi jangan salah faham pula, memakai inai itu bukan atas alasan seperti sesi mencuba pakaian bersama pereka fesyen.
Sebaliknya, sejak 17 Disember tahun lalu, jarinya sudah dipakaikan inai demi tuntutan watak dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki. Selain Ayu, filem itu turut dilakonkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran. Filem itu menjadi filem ketiga (selepas 4 Madu dan Nur Kasih) lakonan Ayu Raudhah yang menampilkannya sebagai antara teraju utama.
Dalam kesibukannya menamatkan penggambaran filem terbabit, kepalanya turut serabut memikir dan melunaskan persiapan menjelang hari bahagianya dengan arjuna hati pilihannya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, pada 21 Januari ini. Majlis merisik sekali gus pertunangan diadakan 17 Oktober tahun lalu.

Malah dek kesibukan masing-masing, Ayu memberitahu mereka tidak sempat bergambar bersama menjelang perkahwinan. Yang jelas, berat badan Ayu juga semakin susut. Wajahnya juga semakin berseri. Tapi itu bukan berita buruk buatnya kerana makin langsing badannya, maka itu peluangnya untuk melaram cantik di hari bahagia kelak.

“Macam tak percaya pun ada, Ayu sudah nak kahwin. Tapi, alhamdulillah segala persiapan yang dibuat berjalan teratur seperti yang dirancang. Ayu tak harap pun majlis kahwin nanti jadi Wedding Of The Year. Cukuplah, ia berlangsung dengan lancar. Ayu bersyukur kakak, Rahaiza Che Wan (Jaja) menjadi nadi utama sebagai perancang perkahwinan.

“Kakak Jajalah yang bakal merealisasikan impian dan konsep perkahwinan idaman Ayu. Macam Ayu cakap sebelum ini, Ayu memilih konsep dalam taman. Tapi itu tak bererti Ayu lepas tangan. Ahli keluarga yang lain pun banyak membantu. Tak hairanlah kalau Ayu sampai susut badan sebab tertekan menguruskan persiapan ini. Tapi semuanya berbaloi. Insya-Allah,” katanya yang merahsiakan jumlah wang hantaran majlis perkahwinan.
Ditanya mengenai bakal suaminya, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan itu menjelaskan tiada sangsi di hatinya untuk bergelar isteri kepada Zaquan. Malah Ayu tanpa berselindung memberitahu, ada yang mempersoalkan kenapa dia memilih pemain bola sepak dan bukannya lelaki kaya yang sering dikaitkan dengan golongan selebriti sepertinya.

“Tapi Ayu cinta apa yang Ayu suka. Kalau Ayu suka dan cintakan seseorang, Ayu sanggup buat apa saja demi mencapai kebahagiaan bersamanya. Ayu selesa bersamanya dan yakin boleh hidup bersama. Dua minggu kami berkenalan, Ayu nampak keikhlasan dan kesungguhannya untuk mencuri hati Ayu. Dia sangat serius.

“Ayu nampak usahanya. Ayu juga nampak dia boleh bertanggung jawab terhadap Ayu. Soal kaya atau tidak itu, rezeki masing-masing. Wang ringgit tidak mampu mengaburi cinta Ayu terhadap dia. Wang ringgit pun bukan jaminan 100 peratus untuk bahagia. Tuhan boleh tarik nikmat kaya seseorang bila-bila masa saja,” katanya tulus.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut menjelaskan perkahwinan bukan noktah baginya menamatkan kerjaya seni. Malah, bakal suaminya itu pun tidak sesekali akan menghalang dirinya untuk terus berlakon.

“Bulan depan, Ayu ada mendapat tawaran daripada Zeel Production untuk menjalani penggambaran drama di Perlis. Dia (Zaquan) izinkan Ayu menerimanya. Cuma Ayu sendiri masih belum memberi kata putus dan pertimbangan sama ada nak buat atau tidak,” katanya.

Mengenai bulan madu, Ayu berkata, Zaquan masih terikat dengan komitmen latihan dan rawatan yang perlu diikuti. Jadi, selepas berkahwin nanti, dia perlu bertolak ansur dalam hal ini sekali pun terpaksa melambatkan tarikh berbulan madu.

“Kalau boleh, Ayu nak ‘paksa’ dia ambil cuti untuk berbulan madu lepas kahwin. Kalau ikut keinginan hati, Ayu nak berbulan madu di pulau. Tak kiralah, pulau di dalam negeri mahupun luar negara. Tengok keadaan macam mana,” katanya yang teringin menjejaki Hawaii.

Sebelum mengakhiri bicara, Ayu tidak ketinggalan diaju mengenai perancangan menimang anak. Baginya, dia tidak kisah menerima rezeki yang ditentukan Tuhan.

“Ikutkan sekarang ini pun kami sudah mempunyai anak. Tapi anak keralah.
Namanya Kyky. Ayu dan Zaquan selalu berkongsi giliran menjaganya. Jangan tidak tahu, Kyky pun popular. Pernah Ayu bawa dia berjalan, ramai pula yang nak bergambar dengannya,” kata Ayu sebelum beredar.

INFO:



  • Pada hari bersejarahnya nanti yang akan diadakan di negeri kelahirannya, Alor Setar, Kedah, pasangan sama cantik sama padan ini akan mengenakan rekaan Qudyn Kuala Lumpur untuk malam majlis berinai pada 20 Januari. Keesokan harinya, untuk majlis pernikahan di Masjid Sultanah Bahiyah, pereka Man Kajang dipertanggungjawabkan menyediakan busana. 




  • Majlis pernikahan dijangka diadakan sebelum waktu Asar dan disusuli dengan majlis persandingan yang turut diadakan di kediaman keluarganya di sana. Bagi acara persandingan, pereka Rizman Ruzaini diberi mandat untuk itu. Manakala untuk majlis bertandang di Seremban pada 30 Januari, Calvin Thoo diberi kepercayaan. 




  • Mas kahwin yang diberikan bakal pengantin lelaki berjumlah RM1,888. Dulang pula, sebanyak tujuh berbalas sembilan. Untuk semua majlis Ayu di Kedah, jurusolek Amy Janz akan menyerlahkan sentuhannya. Manakala Deq Sha pula untuk majlis bertandang. 





  • Tiada ulasan:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...