Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Rita Rudaini Akan Lawan Aidil Zafuan Di Mahkamah

28 Oktober 2014

Screen Shot 2014-10-12 at 10.26.52 PM
Kami pun pening kepala juga apabbila nak buat follow up kes tuntutan nafkah antara pelakon cantik, Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Mana taknya, kedua-dua mereka memang tak sebulu dan mahu menegakkan kebenaran masing-masing. Maka, laman sosial seringkali menjadi medan perdebatan mereka.
Terkini, menerusi laporan Berita Harian, Rita telah memberikan jawapan balas kepada bukti yang ditunjukkan oleh Aidil dalam laman Instagramnya.
Screen Shot 2014-10-12 at 8.42.50 PM
“Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.
Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.
Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap.”
Screen Shot 2014-10-12 at 8.42.32 PM
Lebih memburukkan keadaan, ada juga followers Aidil yang mencadangkan agar pemain bola sepak kebangsaan itu mencari pembunuh upahan bagi membunuh Rita. Namun, Rita telah pun membuat laporan polis terhadap ugutan tersebut.
“Kalau mereka di luar sana nak terus mengeji, mengutuk, dan memfitnah silakan. Saya banyak benda lagi nak fikir. Hanya doa senjata saya untuk mereka. Saya sedar ada mereka yang seronok melihat dia benci saya, sampai nak laga-lagakan kami supaya tak boleh berbaik.”
Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...