Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 10 September 2014

Rita Rudaini Failkan Tuntutan Muta'ah RM300,000 Terhadap Aidil Zafuan

10 Sepember 2014



Oleh RotiKaya Staff pada 
25 August 2014, 12:08PM
Laporan awal menerusi akaun sosial Harian Metro hari ini menyebut yang Rita Rudaini hari ini telah memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.
“Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail”
Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.
“Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal. Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Untuk makluman anda, mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut‘ah tersebut. (rtky/m)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...