Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 10 September 2014

Rita Rudaini Failkan Permohonan Mutaah RM300,000 Daripada Aidil Zafuan

10 Sepember 2014

Menurut Harian Metro, Rita Rudaini telah pun memfailkan tuntutan mutaah terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan sebanyak RM300,000 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. Untuk makluman, mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut hukum syarak. Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
mutaah rita
Sebelum ini, keputusan kes tuntutan nafkah anak-anak yang dilakukan oleh Rita terhadap bekas suaminya itu akan diumumkan pada 10 Disember ini. Tuntutan mutaah ini tidak ada kena mengena dengan kes terdahulu dan merupakan satu tuntutan baru. Abang Nara akan kongsikan informasi terkini sekiranya ada. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...