Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 5 Ogos 2014

'Kami bukan pasukan pilihan'

05 Ogos 2014


BARISAN pemain skuad Harimau Malaya mula menjalani sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya Jumaat lalu.


PENGENDALI Harimau Malaya, Dollah Salleh (gambar kecil) lebih selesa anak-anak buahnya dilabel sebagai pasukan underdog pada kempen Piala Suzuki AFF 2014 yang akan membuka tirainya November depan.
Namun, beliau percaya anak-anak buahnya bersedia berdepan mana-mana pasukan dalam kempen dwitahunan itu nanti.
"Kami bukan pasukan pilihan (pada kempen Piala Suzuki AFF) kali ini. Berdasarkan persiapan, masa terlalu singkat jika dibandingkan dengan pasukan lain.
"Namun, kami bersedia beraksi dalam mana-mana kumpulan (ketika kempen Piala Suzuki AFF nanti)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berlepas ke Tajikistan semalam.
Pada majlis undian Piala AFF 2014 di Hanoi, Vietnam hari ini, Singapura dan Vietnam yang merupakan tuan rumah di peringkat kumpulan akan diletakkan di dalam balang satu, sementara Thailand serta Indonesia berada dalam balang ketiga untuk ditentukan sama ada berada Kumpulan A atau B.
Selepas terkandas di peringkat separuh akhir pada kempen 2012, Harimau Malaya berdepan risiko untuk diundi bersama dua pasukan pilihan, Singapura dan Thailand pada kempen kali ini selepas diletakkan di dalam balang kedua bersama Filipina.
Lebih perit, Myanmar yang dijangka boleh memberikan cabaran sengit kepada pasukan negara boleh diundi bersama Harimau Malaya jika mampu menepati ramalan menjuarai pusingan kelayakan Piala Suzuki AFF yang akan diadakan di Laos bermula 12 hingga 20 Oktober depan.
Sejak diperkenalkan pada 1995, pencapaian terbaik skuad negara pada kempen Piala Suzuki AFF ialah muncul juara 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal selepas mengecewakan Indonesia menerusi agregat 4-2 di pentas final.
Dalam pada itu, Dollah juga menafikan bakal membuat eksperimen pemain menjelang aksi persahabatan berdepan Tajikistan di Dushbane, Jumaat ini.
"Ia merupakan sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan menjelang kempen Piala Suzuki AFF, jadi tidak timbul soal itu (eksperimen pemain)," kata beliau.
Skuad kendalian Dollah yang telah berkumpul dalam kem latihan sejak Jumaat lepas telah berlepas ke Dushbane petang semalam.
Mereka dijangka mengharungi perjalanan yang memenatkan apabila terpaksa melakukan dua transit - China dan Kazakstan sebelum dijadualkan tiba di Tajikistan hari ini.
Selepas bertemu Tajikistan, skuad Harimau Malaya dijadualkan mengharungi dua lagi aksi persahabatan iaitu berdepan Singapura pada 6 September sebelum menentang Jordan lima hari kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz39WJ7BnDL 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...