Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 9 Jun 2014

"Itu Bukan Akaun WeChat Zaquan" -Ayu Raudhah

10 Jun 2014



Menerusi sebuah laman blog hiburan hari ini, pemain bola sepak, Zaquan Adha didakwa telah bermain cinta dengan seorang gadis yang dipercayai salah seorang penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. Dakwaan atau gosip itu tersebar setelah gadis terbabit memuat naik beberapa keping ‘screenshot’ yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan.

GUA telah menghubungi isteri pemain bola sepak ini untuk mendapatkan komen lanjut. Menurut Ayu Raudhah, gosip itu sama sekali tidak benar. Jelas Ayu screenshot aplikasi WeChat itu merupakan fitnah semata-mata kerana akaun terbabit bukan milik suaminya.

“Saya terkejut apabila diberitahu tentang hal ini tapi bila saya lihat balik ‘screenshot’ perbualan tersebut, akaun WeChat itu bukan milik Zaquan. Mungkin ada pihak yang cuba memecah-belahkan rumahtangga kami,” jelas Ayu tegas.

Namun begitu, Ayu tidak menafikan bahawa gadis itu pernah menghubungi Zaquan menerusi panggilan video di aplikasi tersebut. Bagaimanapun jelas Ayu, Zaquan terkejut dengan panggilan itu.
“Gadis tu ada ‘request friend’ di WeChat Zaquan dan pernah membuat panggilan video kepada Zaquan. Tapi Zaquan pun keliru apabila terima panggilan tersebut. Dia kata dia peminat Zaquan. Yang pasti ‘screenshot’ perbualan tersebut bukan WeChat Zaquan tapi yang ‘video call’ saya tak nafikan memang milik Zaquan,” kongsi Ayu yang masih lagi dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak kedua.

Tambah pelakon drama ‘Gemersik Kalbu’ ini, dia masih dalam keadaan terkejut kerana hanya mengetahui tentang hal ini pada Ahad. Kata Ayu, dia akan berbincang dengan suami bagi meleraikan masalah ini.

“Tak sangka ada orang sanggup buat akaun palsu. Benda macam ni pun orang boleh ambil kesempatan. Tapi saya faham, menjadi seorang ‘public figure’, ini lah yang harus dihadapi. Saya percaya suami saya masih di pihak saya,” kata Ayu berkongsi hidupnya kini lebih meriah dengan kehadiran dua orang putera, Muhammad Aisy Qaiser yang baru berusia satu tahun dan Muhammad Aisy Aryann, sebulan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...