Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 27 Jun 2013

Penyokong Johor DT kecewa tiket habis

27 Jun 2013

RIBUAN penyokong Johor Darul Takzim beratur untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara pasukan itu dan Kelantan, di Stadium Larkin, Johor Bahru hari ini. Perlawanan itu akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini. - UTUSAN

PENYOKONG Johor Darul Takzim menunjukkan tiket perlawanan akhir Piala FA selepas membelinya di Stadium Larkin, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 27 Jun - Kira-kira 2,000 penyokong tegar Johor Darul Takzim (Johor DT) kecewa selepas gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala FA apabila ia habis dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini.

Para penyokong sejak pukul 12 tengah malam tadi telah berada di hadapan kaunter jualan tiket, namun kaunter hanya dibuka pukul 8.20 pagi sebelum ditutup pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, kaunter jualan tiket dibuka semula sejam kemudian namun tidak sampai lima minit ia ditutup semula apabila tiket yang disediakan sebanyak dua keping seorang itu habis dijual.

Meskipun keadaan kecoh seketika, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku dan pihak polis turut ditugaskan untuk mengawal ketenteraman. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130627/su_09/Penyokong-Johor-DT-kecewa-tiket-habis#ixzz2XQNvo0hJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...