Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 26 April 2013

RSelepas menarik diri daripada penggambaran sebuah drama berepisod, pelakon Rita Rudaini kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 daripada syarikat produksi drama tersebut. Walaupun sudah menjalani penggambaran selama empat hari, beberapa masalah yang timbul di lokasi menyebabkan Rita membuat keputusan menarik diri daripada membintangi drama 40 episod itu. "Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama. "Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000. Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan saya memang nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu", ujar Rita yang dipetik daripada Malaysian Digest. Dalam perkembangan sama, Rita telah membawa perkara ini kepada Persatuan Seniman. Melalui Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan, Zahrin Ishak, persatuan akan menyiasat dan kemungkinan satu perjumpaan antara Rita dan pihak produksi akan diadakan bagi menjernihkan keadaan.

26 April 2013

Rita Rudaini Diugut Selepas Tinggalkan Penggambaran


KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2013: Pelakon, Rita Rudaini akui telah diugut oleh sebuah produksi baru untuk membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 selepas dia membuat keputusan berhenti serta merta daripada menyiapkan keseluruhan penggambaran produksi tersebut.

Rita Rudaini berkata dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak meneruskan keseluruhan penggambaran 40 episod drama itu, selepas mendapati syarikat produksi itu mewujudkan suasan kerja yang tidak professional sejak mula.

"Saya hanya sempat menjalani penggambaran drama tersebut selama 4 hari sahaja dan selepas itu saya tidak boleh tahan dengan cara kerja dan suasana yang tidak profesional ketika penggambaran dijalankan.

"Saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai sebab saya mengambil keputusan untuk memberhentikan kontrak penggambaran. Tetapi apa yang boleh saya katakan saya tak boleh biarkan.

"Misalnya dari segi kostum yang tak sesuai dan juga beberapa perkara lain.

"Bukan saya saja yang perasan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di Pejabat Seniman bertempat di Taman Melawati, petang semalam.

Rita Rudaini memberitahu, dia telah berbincang mengenai ketidakpuasan hatinya itu kepada pihak produksi berkenaan, namun mereka tidak menghiraukan.

Katanya, sebaliknya dia pula diugut untuk meminta ganti rugi jika dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan penggambaran.

"Saya tidak sanggup untuk meneruskan penggambaran dengan produksi itu dan terus memberitahu mereka bahawa saya tidak berpuasa hati terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional.

"Mereka tidak mahu berubah. Sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya.

"Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.

"Tidak semena-mengena selepas saya berhenti, saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan pada awal April lalu.

"Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000.

"Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin.

"Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya sudah tarik diri.

"Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal.

"Bayangkan tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan yang mereka berikan kepada saya pada permulaan penggambaran.

"Sebenarnya saya memang mahu pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu.
"Tetapi saya rasa permintaan mereka sudah melampau," luahnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan Seniman, Zahrin Ishak berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Malah akan mengesyorkan satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi itu untuk berbincang dan menjernihkan keadaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...