Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 21 Mac 2013

Zain: Rozita, Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza

21 March 2013

Zain: Rozita, Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza



KUALA LUMPUR, 21 MAC 2013: Seandainya hubungan pelakon Zain Saidin dengan Rozita Che Wan berakhir ke jinjang pelamin pada penghujung 2013, pasangan ini dilihat mempunyai persamaan dengan pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini terutama sekali dari segi faktor usia. 

Pun begitu, Zain Saidin yang dijumpai tatkala pelancaran Oh My English petang semalam memberitahu, kisah rumahtangga Rita yang mendapat perhatian peminat tempatan tidaklah dijadikan sebagai panduan bagi dirinya yang relah pun bersedia menjadi suami kepada Rozita. 

"Saya tidaklah menjadikan kisah rumahtangga Aidil-Rita sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan diri ke gerbang perkahwinan seratus-peratus. Saya tahu kisah mereka berdua pun menerusi laporan media tempatan. 

"Dari apa yang berlaku, sudah tentu saya akan cuba belajar dari kesilapan. Malah, saya akan cuba mengelak dari kesilapan yang pernah berlaku itu dan ianya akan dijadikan sebagai satu pengajaran buat diri saya kelak. 

"Lagipun, Rita dan Rozita adalah orang yang berlainan. Jadi, saya tidak boleh membuat sebarang persamaan. Bagi saya Rozita lagi mudah pendiriaannya. Namun, saya tidak tahu pula dengan Rita," katanya kepada murai.com.my. 

Bakal bergandingan dengan Rita rudaini dalam sebuah drama terbaru nanti, Zain tidak mahu menghakimi sikap Rita yang hanya bersandarkan laporan dari pihak media semata-mata. 

"Saya tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dan menilai Rita sebegitu saja. Rita dan Rozita sudah semestinya mempunyai pendirian yang berbeza. Sebab itulah, saya tahu macam mana nak kawal kisah hidup saya dengan Rozita selepas sah bergelar suami isteri nanti," ujarnya. 

Menjelaskan mengenai laman Instagram yang telah pun ditutup pada 19 Mac 2013, Zain berkata, langkah itu diambil demi menjaga hati kekasihnya itu. 

"Saya telah pun menutup akaun Intagram saya. Saya kena menjaga imej Rozita. Terus-terang, dia memang wanita yang suka memakai dress. Dia pun ada bercakap dengan saya, dari kecil lagi, dia adalah wanita yang suka melawa. 

"Menerusi gambar yang saya letak dalam lama instagram, macam-macam yang orang komen. Sebab itulah saya buang semua gambar tersebut. Semalam pula, saya dah tutup akaun Instagram. 

"Semuanya demi imej Rozita. Saya tahu ada segelintir pihak tidak suka saya bercinta dengan Rozita. Namun, saya tidak kisah. Apa yang saya buat sekarang ini pun demi menjaga nama baik dia, " jelasnya.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...