Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 20 Mac 2013

Rita Rudaini Dedah Aidil Tak Bagi Berlakon Dengan Aktor Singapura

20 March 2013


Rita-Rudaini1
Timbul banyak nama selepas kami membaca sebuah artikel yang ditulis oleh Murai. Apa tidaknya, Rita Rudaini dalam kenyataannya mendedahkan suaminya iaitu Aidil Zafuan tidak membenarkan dia berlakon bersama aktor dari Singapura.
Tidak dapat dipastikan mana satukah aktor yang dimaksudkan, tapi kami agak, anda sendiri sudah dapat meneka siapa kan?
“Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.
“Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili. Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya.” – dipetik dari Murai
Dalam isu lain, Rita memberitahu bahawa dia lebih selesa berlakon bersama Rosyam Noor ataupun Aqasha dan sangat memilih jika digandingkan bersama aktor-aktor baru.
“Saya lebih selesa berlakon dengan Rosyam dan Aqasha kerana lebih senang dan cepat masuk watak. Mereka berdua cepat mesra dan ia tidak kena mengena dengan cerita negatif atau pun tidak.
“Tapi, sebelum saya terima tawaran itu, saya periksa dulu siapa pelakon itu kerana tidak mahu nampak pelik bila bersama. Pelakon sekarang banyak muda-muda dan nampak macam adik saja.” – Murai

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...