Pelakon Rita Rudaini gagal menghantar wakil bagi menganggotai jawatankuasa pendamai sehingga menimbukan rasa kecewa bapa Aidil, Abd. Razak, 64, yang hadir mewakili pemain bola sepak negara itu.
 
"Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.
 
"Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa," kata Abd. Razak yang dipetik daripada mStar Online. 
 
Pada 25 Februari lalu, mahkamah telah mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai Aidil terhadap isterinya dibantah oleh Rita.
 
Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.