Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 23 Februari 2013

Settlers sedia jerat Harimau Selatan

23 Februari 2013 (22 Februari 2013)


Pemain Felda United, Muhamad Kaironnisam Sahabudin (kanan) mengasak pemain T-Team, Mazlizam Mohamad pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Menghuni tangga ketiga tercorot Liga Super tidak menghalang Felda United memasang impian besar untuk mengejutkan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim FC pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Walaupun skuad The Settlers berdepan kemarau kemenangan semenjak empat perlawanan lepas, pengendalinya, K. Devan optimis mereka masih mempunyai kualiti memberikan tentangan ke atas Johor Darul Takzim.

Lebih penting Devan mahu meraih tiga mata bagi melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga pertengahan liga.

Keyakinan itu dijelmakan dengan perancangan Devan, yang mengingatkan lawan bahawa mereka tidak akan mengamalkan corak permainan bertahan, semata-mata sebaliknya tetap akan mengamalkan corak permainan menyerang.

"Mereka (Johor Darul Takzim) memiliki barisan serangan terbaik namun itu tidak menjejaskan perancangan saya yang mahu mengamalkan permainan secara menyerang.

"Kami tidak akan sekadar bertahan sebaliknya akan melancarkan serangan balas dan cuba menguasai permainan.

"Lawan juga mempunyai kelemahan yang boleh dieksploitasi dan Felda mahukan kemenangan dalam perlawanan ini kerana kami tidak rela lagi kehilangan lebih banyak mata ketika saingan liga baru memasuki tujuh perlawanan, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Felda hanya meraih satu kemenangan pada 15 Januari lalu itupun dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium TLDM, Lumut.

Biarpun begitu, anak-anak buah Devan berdepan tugasan berat menggempur Harimau Selatan kerana khidmat penyerang import Lebanon, Mohammad Ghaddar masih tidak pasti dapat digunakan kerana belum pulih daripada kecederaan bahagian belakang.

"Peluang untuk Ghaddar beraksi 50-50 setelah tidak beraksi semenjak pertemuan dengan Sabah pada pusingan pertama Piala FA (25 Januari) lalu.

"Saya harap dia dapat diturunkan kerana kehadirannya cukup penting pada bahagian serangan setelah pemain lain seperti Azrul Ahmad dan Fauzi Shaari masih mengalami kecederaan sementara Shahrizal Saad baru pulih, " katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130222/su_04/Settlers-sedia-jerat-Harimau-Selatan#ixzz2LjVrh2DX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...