Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 23 Februari 2013

Serangan Johor DT bermasalah

23 Februari 2013


Pemain Johor DT, Safee Sali diasak pemain Felda United dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

PETALING JAYA - Kegagalan jentera serangan Johor Darul Takzim yang diterajui pemain bertaraf bintang meledak gol ketika seri tanpa jaringan dengan Felda United dalam Liga Super di Stadium MBPJ, semalam mengundang kemarahan jurulatihnya, Fandi Ahmad.

Kegagalan mengutip mata penuh ternyata menjejaskan peluang Johor DT untuk mengekori pendahulu liga selain membuka peluang buat pasukan lain memintas kedudukan semasa skuad Harimau Selatan.

“Saya memang tidak gembira dengan barisan depan kerana mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tambahan pula kami menguasai 70 peratus permainan.

“Saya tidak tahu macam mana mahu mengajar mereka untuk mendapatkan jaringan, tiada alasan buat mereka kerana mereka adalah pemain profesional.

“Jika saya boleh dapatkan Messi, sudah tentu saya akan mendapatkannya kerana kami memang mempunyai masalah bahagian serangan.

“Apa lagi yang boleh saya katakan kerana kami mempunyai penyerang terbaik di Malaysia dan di Eropah," katanya selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan semalam, skuad Fandi melepaskan beberapa peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan terutama pada minit ke-61, namun Norshahrul Idlan Talaha gagal membuat rembatan tepat ke dalam gawang meskipun berada di dalam kawasan kotak.

Begitu juga pada minit ke-77 apabila tandukan tepat Ahmed Ezrie Shafizie Sazali mudah diselamatkan penjaga gol Felda United, Mohd Helmi Eliza Elias.

Malah pada perlawanan yang dihiasi dengan enam kad kuning itu turut hampir menyebabkan Johor DT tewas apabila bola yang disepak penjaga gol Harimau Selatan, Zulfadhli Mohamed terkena pemain lawan yang menyebabkan bola melantun masuk ke dalam gol namun ia tidak disahkan oleh pengadil.

Aksi semalam turut menyaksikan penyerang Felda United, Mohammed Ghaddar dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan kerana melengah-lengahkan perlawanan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130223/su_01/Serangan-Johor-DT-bermasalah#ixzz2LjbYVzmV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...