Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 26 Februari 2013

Rita masih sayang Aidil

26 Februari 2013


Mohd Aidil (gambar kiri) dan Rita Rudaini (gambar kanan) ketika  hadir di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, semalam. - Foto Iqmal Haqim RosmanMohd Aidil (gambar kiri) dan Rita Rudaini (gambar kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, semalam. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Seremban: “Saya sudah tidak sayang dan tidak mahu hidup dengan dia lagi. 

“Saya nak bercerai, sebelum ini pun sudah dua kali dia minta saya ceraikannya,” kata Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak ketika sebutan kes permohonan cerai terhadap pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. 


Pemain bola sepak kebangsaan itu, bagaimanapun gagal dalam permohonan berkenaan apabila Hakim Hamizan Mohd Nor, memerintahkan jawatankuasa pendamai dipengerusikan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan diwujudkan. 


Hamizan berkata, Mohd Aidil Zafuan dan Rita Rudaini perlu membawa seorang ahli keluarga sebagai wakil pada 8 Mac ini untuk dilantik secara rasmi dalam jawatankuasa berkenaan. 

“Jawatankuasa ini akan membantu mengadakan perbincangan terlebih dulu tetapi jika masih tiada penyelesaian, prosedur perceraian akan diteruskan,” katanya. 

Terdahulu, peguam Mohd Aidil Zafuan, Noor Ariff Delia mahu meneruskan prosedur perceraian secara baik tetapi peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memohon mahkamah mewujudkan jawatankuasa pendamai untuk berbincang. 

Mohd Aidil Zafuan, 26, sebelum itu berkata dia sudah tidak sayangkan isterinya dan hanya mahu bercerai dengan baik, ketika ditanya Hamizan. 
Bagaimanapun, Rita Rudaini, 37, mengaku masih sayangkan suaminya dan ingin tahu sebab dia mahu diceraikan. 

“Selagi dia masih suami saya, saya sayangkan dia. Kami tidak pernah berbincang sejak dia keluar dari rumah lebih setahun lalu. Sebagai isteri saya ada hak untuk tahu,” katanya. 

Permohonan cerai kali kedua itu dibuat Mohd Aidil 31 Januari lalu selepas dia menarik balik permohonan sama yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, 14 April tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...