Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 26 Februari 2013

Elak diaib Kedah: Fandi

26 Februari 2013

Johor Bahru: Aksi hambar Johor Darul Takzim pada saingan Liga Super harus diatasi segera andai tidak mahu dipalit aib menentang pasukan Liga Perdana, Kedah dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini. 

Tanpa kelibat Safee Sali yang cedera, pengendali Harimau Selatan, Fandi Ahmad lega dengan kehadiran semula bintang import dari Sepanyol, Daniel Guiza dan kapten, Safiq Rahim dalam kesebelasan utama selepas digantung satu perlawanan. 

Apa pun Fandi mengakui betapa perlawanan kalah mati itu sukar memandangkan beraksi di tempat lawan dan menuntut pemainnya berwaspada dengan serang balas skuad Kenari yang boleh mengancam peluang meraih kemenangan di tempat lawan. 


“Saya mahu pemain lupakan seketika Liga Super dan beri sepenuh tumpuan pada aksi kalah mati Piala FA kerana kemenangan amat penting buat kita bagi memulihkan semangat yang agak merudum selepas gagal beri persembahan terbaik pada saingan liga. 

“Kemungkinan Safee tidak diturunkan, tetapi saya lega apabila mendapat semula khidmat Guiza dan Safiq yang akan beri kekuatan kepada jentera serangan dan tengah tatkala berdepan Kedah yang saya anggap sukar untuk dijinakkan biarpun beraksi di kancah Liga Perdana. 

“Benteng pertahanan juga perlu mantap dan jangan biarkan lawan ambil kesempatan membuat percubaan ke pintu gol. Saya mahu perlawanan berakhir dalam tempoh 90 minit dan memihak kepada kita. Apa pun jika ada tambahan masa atau sepakan penalti, pemain saya sudah bersedia,” katanya.

Skuad Harimau Selatan layak ke pusingan kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak hasil jaringan Aidil Zafuan Abd Radzak dan pastinya Fandi mahu barisan serangan yang bakal diterajui Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha lebih agresif untuk merobek gawang Kenari.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...